Monday, December 14, 2009

tersenyum lagi:)


aku ingat benda ni dah habis dah. tapi ada juga insan tak malu nak bikin kecoh kat blog aku. masalahnya aku tak rasa apa2 pun cuma kelakar dengan peminat fanatik ni...lihatla apa yang ditulis sehingga buat aku tersenyum pai telinga:-

Anonymous said...
dato ct tak perlukan kamu pun..dato ct dah ada peminat ramai lagi dari stacy..suka hati dato ct lah dia nak nyanyi lagu2 dia ke suami dia..tak salah kan??dah yg kau sibuk2 tu knape??buat poll konon..kat blog dia boleh lah..hidup dato ct!!
December 14, 2009 8:51 AM

Anonymous said...
lebih baik menutup aurat walaupun ckit daripada tak tutup lngsung!!
December 14, 2009 8:54 AM

Anonymous said...
at least dato ct nyanyi juga muzik org melayu kita..tulis suka hati je!! dan satu lagi,walaupun dato ct tak full pkai tudung,,at least dia tak mengutuk org macam kau ni!!
December 14, 2009 9:00 AM

Anonymous said...
cermin dulu diri kau sebelum nak mengutuk org!
December 14, 2009 9:01 AM

korang rasa saper mereka ek? adakah orang yang sama atau berlainan?:)....cube korang tengok waktu komen mereka...dekat2 je kan....:) aku pun pelik sebab dia komen kat entri aku yang bertajuk inilah nasibku.....apa kena mengena dengan ct? nak komen pun salah tempat:) hai susahla ada jugak orang macam ni. baikla aku jawabla juga pada insan yang ntah tak tau saper ni. aku panggil dia fanatik la k.

wahai fanatik, saper kata ct perlukan aku? ada aku cakap? pasal aku komen ct tujukan lagu utk suami dia, tu cuma pandangan aku and luahan hati aku kat blog aku....diulangi blog aku. kalau aku buat poll pun ada susahkan kau? aku buat sendiri kan? ada suruh kau buat? takda rasanya sebab ni blog aku jadi aku buat sendirila:)

wahai fanatik, kalau nak komen tu janganla ikutkan sangat rasa marah tu...komen macam takda ilmu langsung pasal agama. mana ko belajar lebih baik menutup aurat ckit daripada tak tutup langsung??? aku pun tak cakap aku pandai sangat, tapi kalau stakat aurat tu aku taula. ada ke istilah lebih baik tutup sikit daripada tak tutup langsung????aku cume bagi pendapat je. aku tak cakap pun yang tak pakai tudung tu tak baik dan yang pakai tudung sume baik. tapi pakai tudung tu kan satu kewajipan, jadi kalau nak pakai, pakaila betul2 kalau tak sedia lagi baik tak payah. itu just pandangan aku je dan luahan ati di blog aku. kalau kau ni peminat setia ct konon takkan benda yang tak betul tapi sebab terlalu fanatik dikata betul? dan kalau nak kata aku kutuk ct, aku rasa apa yang aku cakap sume jujur dari hati and pandangan aku. aku takda pun cakap bukan2 pasal ct rasanya..... aku dah banyak kali cermin diri sebab tu banyak kali juga aku mention yang aku ni bukanla baik sangat, cuma aku bagi pendapat je. tak salah rasanya kan. negara kita ni demokrasi. aku rasa ko yang patutnya cermin diri ko, sebab komen kat blog orang tanpa bagi salam dan aku pun tak tau sape kau.

kalau ko tak suka apa yang aku tulis kat blog aku, so ko tak payahla buka blog aku. just do it your own blog....ke kau nak aku ajar macam mana nak buat blog???? masa tu kau nak tulis betapa bagusnya ct ni tulislah...ada aku kisah??? aku tak pernah pegi blog orang lain, pastu bagi komen entah pe2 tanpa budi bahasa. aku menghormati blog orang lain sebab, itu adalah hak mereka nak bagi pandangan masing2...nama pun blog sdn bhd kan??? kalau ct lagi ramai peminat dari stacy jadi???ada aku kisah???? go onla...aku tak halang pun orang lain dari minat ct, aku cuma bagi pandangan dan pendapat aku je. this is my blog... ko reti baca kan???? ni blog aku, if u dont like, tak payahla baca...buat memenuhkan komen je.... lain kali nak komen tu, tunjukkanla anda tu orang yang diberi tuhan akal dan ilmu ye...kalau tak buat penat je pegi belajar tinggi2 tapi bagi komen macam tu.....

ape2pun aku minta maafla kalau aku ada menyinggung hati dan perasaan kau. pasal aku ko jangan risaula, aku dah lama maafkan ko dan hati aku ni jenis takda perasaan...jadi rileks je. ala benda ni sebenarnya remeh je... kalau tak boleh menerima pendapat and tak boleh ditegur walaupun benda yang orang tu buat salah bek kita duk kat bulan. kat sana takda sape kacau. takda manusia sempurna termasukla aku.


p/s: lalalalalalalalalalalalalala.......malas nak layan tapi dah kacau blog aku dan buat bising aku layankan jela.....hu3

9 comments:

Anonymous said...

vote penyanyi malaysia paling popular..http://answers.polldaddy.com/poll/1391171/

cc said...

utk si anon yg agak bangang dgn statement baik tutup sikit drpd tak tutup langsung...sekali lagi aku nk kata dalam Islam takde istilah "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"

reti???
kalau nk sound org, cermin dl diri sendiri...sama mcm yg ko sound kat mimie nih...pandai ckp org tp xapply pd diri sndr!

mimie said...

tula fasal....cam terlalu naif nak bagi komen macam tu. tetiba nak meroyan kat blog i ni...cis. kalau i tau saper dia, i adiahkan sume cd ct original tu. komen sebagai anon beranila, cuba bagitau saper diri yang sebenar...kan dah malu dengan statement baik tutupsikit dari tak tutup langsung????uh amat buta hati:p

CikJJ said...

panasnyer blog u ni mi..huhu

Anonymous said...

follow me at....
http://diarysoo.blogspot.com/
tetiba iklan.... jgn mara... hehe

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
mimie said...

mau tak panas...peminat fenetik ct mengganas jun...hu3

Budak Malu818 said...

untuk anymous,
sila basoh muka anda dan cermin dlu..
orang berkata,ada sebab...
elok sangat ker,siti yang pakai tudung sekerat tuh??
macam yahudi ajer aku tengok?
sedap tahap gampang ker,suara siti tuh?
aku tengok,selain dari dok bajet ayu ngn cun adalah..
scandal ngn laki orang,
best sangat?
erm..
kite tengok ajer,siti ney kemane..
memang la,nyanyi lagu melayu kite..
sebab,lagu tuh ajer dier reti nyanyi..
cakap english pon tergagap2..
macam ney,nak jadik teladan kt orang melayu kite?
cermin dlu lah,diri tuh..
pakai tudung elok2..
bini orang,wat la bini orang..

mimie said...

budakmalu818...kan.... susahla kan bila benda tu salah tapi sebab terlalu fenatik tetap kata betul. dapat apa ntah mempertahankan ct sebegitu rupa. kita cakap benda yang betul kan bukan benda yang tak betul. motip nak menegakkan benang yang basah??? takkan benda yang terang2an salah disisi agama tapi sebab terlampau minat dikata betul...sebab tu ada keluar statement lebih baik tutup aurat sikit dari tak tutup langsung....sungguh cetek akal pemikiran....hye tak taula nak cakap apa lagi.....