Sunday, September 27, 2009

terimbas kembali....:)

penatnya minggu ni asik beraya je tapi nila peluang nak pegi umah sedara and kawan2...yela raya kan setaun sekali je:) tadi eden pg umah pakcik kat kluang, pastu dia ada belala kucing...banyak kucing dia. nak dijadikan citer, ada budak kecik ni kira sepupu edenla baru berusia 6 tahun punyala takut dengan kucing....yang abang2 dia pun suka menyakat budak kecik ni. memang kelakar, dan tetiba aku teringatla waktu kecik aku memang amat takut dgn kucing:p malah aku rasa kucing tu cam rimau masa kecik....hahahahaha. dulu sepupu dan adik aku sukala menyakat dengan bagi kucing tu secara dekat pada aku.....peh aku meraung2 dan berlari2 menjauhi kucing. tak kirala kucing tu besar atau kecik aku tetap takut....hua3. pernah sekali masa tido tetiba ada kucing tido kat sebelah aku terus terbangun dan lompat terkena perut bapakku...hu3. masa tu kat kampung pastu aku menangis sekuat ati sbb kucing tu amik tempat tido aku.....percaya atau tak sampai umur aku 12 tahun aku masih takut dgn kucing. tapi masa umur aku 13 tahun adik aku nak bela kucing yang diberi nama cicit....masa tu aku rasa nak kuar dari umah tapi adikku janji tak kacau aku dengan kucing jadi aku dengan berat ati pun terpaksala setuju. jenis kucing yang dibela oleh adikku ini suka tido dengan manusia....isk betul2 membuat ku gelisah. bayangkanla tiap2 malam saya tak lena tido sbb takut kucing ni tido sebelah saya. tapi bila dah lama2 aku yang memang kaki tido ni jadi dah tak kisah...lantakla....lama2 aku da jadi berani dengan kucing. betulla kata orang, utk ilangkan rasa takut, kita kena hadapinya....hu3. tapi sekarang ni kucingku yang bernama cicit tu dah mati sebab sakit barah payudara....betul tak tipu.....tapi terima kasihla pada cicit sbb dia saya tak takut ngan kucing lagi. jadi bila tgk orang takut dgn kucing, saya tersenyum mengenang diri ini yang pernah lalui perkara yang sama:)

p/s: tips utk orang yang takut kucing atau geli, belala kucing...ha3.

Friday, September 25, 2009

aku da bosan!

kenapa bosan?

mau tak bosan kalau asyik jumpa je orang yang berumur akan bertanya soalan ini~

"ko bila lagi mie nak kawin?"

mula2 bolehla senyum dan berkata~

"insyallah bila dah sampai jodoh nanti"

tapi kalau ramai yang tanya dan kadang2 pai byk kali tanyanya, mulala darah yang makan macam2 benda di hari raya ni mendidih pai terkuar satu ayat bila org yang ke berapa ntah tanya~

"mmg kita nak kawin tapi ingat nak buat grand cam dato ct keliling kampung naik ferrari tu yang kena kumpul banyak duit. kalau makcik nak sponsor, esok kita kawin...."

puas hati aku...uh. terus terdiam. takda soalan lain ke nak tanya. tanyala bila nak jadi kaya ke, bila nak buka ladang kambing ke ada gak faedahnya. kalau aku nak kawin nanti taula aku jemput. buat2la bersabar. dioarang ingat aku ni ari2 pikir cam mana nak kawin agaknya. kalaula aku ni boleh meminang orang da lama aku hantar rombongan meminang akim. tapi aku ni pompuan kang tak pasal2 kena lempang ngan mak aku. cis.

p/s: pada orang yang suka tanya soalan macam tu, satu je nasihat.......jangan tanya pada aku yang mulut lazer ni...amboi3...bluerk:p

Tuesday, September 15, 2009

~SaLaM AiDiLfiTri~



tinggal lagi 4 hari sahaja kita semua umat islam hendak menyambut hari kemanangan setelah berpuasa sebulan iaitu hari raya aidilfitri... di kesmpatan ini saya ingin memahon ampun dan maaf jika selama ini saya ada menyakiti hati, menyinggung perasaan, menggunakan perkataan yang bukan2, termarah2, terjerit, terkutuk, terngumpat, terkasar dan pelbagai lagi kesilapan diri ini diharap diampunkan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin ikhlas dari kami sekeluarga:)





Saturday, September 12, 2009

macam-macam....

hai rasanya da lama tak menaip di blog ini...kenapa ek? senang je jawapannya diri ini dilanda sipat malas:p...panas betul bulan puasa kali ni....inilah dugaannya. hari ni saya pegi p.sulung, batu pahat...(wah, promote ni). pagi2 da bgn besemangat nak pg jalan2...hu3. sampai sana kami pun jalan2la(pegi ngan family). punyala ramai orang and panjang tul pasarnya....di sana saya beli kerongsang utk digayakan di hari raya:). harga pun amat berpatutan. pastu macam2 lagila kami membeli apa2 yang patut tapi takdela sampai membazir:p tapi satu perkara yang amat saya tak tahan bila dah ramai2 orang tu, bau badan...peh boleh membuat diri ini muntah hijau....dahla perut kosong sbb puasa pastu tpaksa menghidu bau yang amat tidak menyenangkan:( di kala itu mahu saja diri ini menjerit, "wei, korang tak pakai deodorant ke?!!!"...tapi mengenang akan ditampar secara beramai2 baik saya diam:( adala dalam 2 jam kami berjalan2 pastu bergerak balik pegi rumah pakcik(abang omakku). sampai sana saya terus baring kepenatan dan tido. sedar2 je sudah pukul 1.30 pm.....peh. lepas tu abahku ajak pulang ke yong peng. saya, tetiba teringin makan kek secret:p diri ini pun berkata pada abahku, "abah, jom g beli kek kat secret jap"...seperti biasa abahku takkan menghampakan permintaan anak2nya:) sampai secret saya pun beli 2 slice cake utk berbuka nanti.
sampai saje di rumah kami, saya terus baring lagi dan tertidur....sedar2 je dah pukul 6.15. mak saya cakap saya penat cam orang keje kontrak:p saya pun mandi pastu tunggu depan tb. bilela nak berbuka ni?.....tak tahan sungguh:p bila dengar je azan, saya pun berlari dengan laju pergi ke dapur dan meneguk air kelapa...peh nikmatnya...alhamdulillah....bulan puasa ni air wajib saya air kelapa:) makan kek, roti nan cecah kari, lontong dan roti john. pastu kekenyangan pai tekentut2....ha3(selekeh budak ni). bila da kenyang, mata segar ni sbb puas dah tido, tu yang tetiba je rajin nak menaip ni:p tapi masa saya pegi umah pakcik saya, dia ada jaga seorang budak ni namanya mira...umur baru 2 tahun tapi dah petah berkata2 dan tak pelat. yang penting dia tak takut orang macam icha....icha, kak mimi da ada adik baru...hu3...tapi jagan risau, kak mimi tetap syg icha:) dalam saya kepenatan budak kecik nama mira ni byk cakap dan saya layankan jela....dengar jela perbualan antara saya dgn dia:

mira: akak puasa tak?
saya: puasa...
mira: cam mana nak tahu akak puasa ke tak?
saya: akak tak makan jadi akak puasala....
mira: ooooo...kalau tak makan namanya puasa la......camtu mira nak minum air susu jela taknak makan, ti bleh puasa...

hai macam-macam.....moral of the story, budak kecik umur 2 tahun pun teringin nak puasa, jadi yang da besar panjang tu janganla tak puasa pulak:p ok jumpa lagi dia lain hari. ke bintang!

Tuesday, September 8, 2009

biarla hanya aku yang tahu.....

saya tujukan lagu ini pada seseorang dan harap dia mengerti...siapa orangnya, biarlah hanya aku yang tahu....

Bicara Luka

Artist: Siti Nurhaliza

Kalau benar apa yang telah ku dengar
Permainanmu di sebalik sedarku
Sungguh bisa malah tidakku sangka

Manis kat depanku lain bicara
Selama ini tak pernah kusangsi
Malah kasih melebihi segala

Namun ternyata terang kini
Tak bersuluh lagi
Usah kau sembunyi

Telah ku tahu gerak laku siapa kau sebenar
Tak ubah sandiwara memukau
Hanyalah di depan mata

Biar waktu tentukan siapa yang benar
Usah dikesal andai saat itu
Kau sedari ku tak lagi berada di sisimu oh

Thursday, September 3, 2009

lagu raya kegemaran:)

he3...sbb semangat nak raya ni:p saya nak citer pasal lagu raya kegemaran. saya memang suka sangat dengar lagu ni. kalau dengar 10 kali pun takpe:)

senandung hari raya untukmu by dayangku intan

Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu

Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera

( korus )
Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya

Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga

Tuesday, September 1, 2009

satu malaysia...

satu malaysia....itu yang dilaungkan pada sambutan merdeka pada tahun ni. baguslakan...tapi pernah tak kita terfikir, kita sebagai bangsa melayu berusaha utk bersatu padu dengan bangsa lain tapi bangsa kita sendiri di ambang kehancuran. ye mungkin ada yang marah dengan kenyataan saya ni tapi takpe biar saya buat anda berfikir sejenak akan kebenarannya. cuba anda pikir, pernahkah bangsa lain selain bangsa kita buang anak luar nikah dalam tandasla, tepi longkanglah dan pelbagai tempat lagila asal buang. mungkin ada bangsa lain buang tapi berapa peratus?berapa kerat?. tak cukup dengan tu, cuba kita buat anggaran baper ramai bangsa melayu kita yang ada dalam penjara, pusat serenti dan pelbagai lagi pusat tahanan dalam negara kita ni. memang ada bangsa lain, sape cakap takde. lagi sekali, berapa kerat ye bangsa lain? lagi satu yang menjadi kebanggaan budak2 mude sekarang, mat rempit. nak tanya sikitla, bangsa apa ek golongan mat rempit ni? cuba kita pikirkan bersama..mmmmm. sekarang heboh pasal kes kartika yang minum air s@#@# depan khalayak ramai bakal dihukum sebat. saya taknakla ulas pasal si kartika ni tapi lagi sekali saya tertanya. hanya kartika ke bangsa melayu yang beragama islam meneguk air s@##$ ni??? lagi sekali kita cari jawapan dan berpikir bersama. bila anda sudah dapat jawapannya jadi renungkan. sebelum kita nak bersatu padu dengan bangsa lain, baiki kelemahan bangsa kita dulu. sebenarnya banyak lagi masalah dalam bangsa kita ni tapi tak perlula saya nak utarakan semua. apa yang saya utarakan ni bukan nak mengaibkan bangsa saya sendiri tapi disebabkan sayang terhadap bangsa sayala saya nak buat anda berpijak ke dunia yang nyata. janganla ungkapan merdeka tu hanya utk dilaungkan kerana ramai yang melaungkan tapi merdekala dalam erti sebenar dan setimpal dengan makna merdeka tu.