Thursday, December 31, 2009

baik, En. Polis:#

aku penat:$....tapi aku nak citer pasal kisah baik punya yang berlaku hari ini:$ semenjak dua menjak nanyang dibuka...aku da ketagih kopi:$ kalau tak dapat minum sehari rasa serba tak kena...adakah nanyang guna ubat guna2?....ooooo...minta simpangla ye:$ masa mau memandu tuk pergi ke nanyang....(net, bolehla bungkus kopi kat nanyang...cantik je dapat cawan cam ice blended)...ok2 sambung citer:) dalam perjalanan menuju ke nanyang menaiki kereta bank(kereta myvi aku, tapi masih hutang jadi namanya kereta bank la:$)...dalam perjalanan itu ada trafic light, jadi aku berentila sebab warna merah tak boleh jalan...kalau jalan, tak baik punyeeeeee:p da berenti di trafic light bukala lagu pakai buang sekuat hati sambey nyanyi2...tetibe rasa tingkap diketuk...ku menoleh....ooooooooO...ada orang naik moto dan pakai seragam polis...mau apakah??? aku buka tingkap tapi, sebelum tu pelahankan radio:)

Diri ini: ye, Encik polis(mustila panggil encik sebab lelaki dan tak tau nama hentam jela panggil polis...takkan nak panggil bomba plak)...ada apa ek?

Encik polis: cantik kete (sambil tesenyum penuh makna)

Diri ini:(sudah mula merasa riak...ho3) takdela biasa2 je Encik....hehehehe (padahal suda bangga gile dipuji kereta sedemikian rupa....ho3)

Encik polis: mmmm..tali pinggang keledar tu untuk perhiasan je ke kat kete awak ni?

aku yang mmg gelabah semakin gelabah bila menyedari diri ini tidak memakai tali pinggang keledar...sudahla begitu, diperli pula sedemikian rupa oleh Encik polis....uh menikam kalbu beb:$ tetiba terkeluar lagu RELA:*

Diri ini:...ma..ma...maap encik polis! tak perasan sebab nak pegi beli kopi jap pastu balik(apa punya alasan daaaaa)

Encik polis: yela walau hendak pergi kedai kopi sekalipun, kenala pakai tali pinggang tu ye...karang tak pasal2 kena bayar RM300 apa nak dikato? boleh dapat berapa banyak beli kopi dengan RM300?

Diri ini: banyak Encik...(masa ni serius rasa nak pakai topeng:$)

Encik polis: baiklah kali ni saya lepaskan...tapi lain kali kalau jumpa lagi konpem saya doublekan saman awak jadi RM600..paham?

Diri ini: paham!

Encik polis: dah jalan...kereta cantik, tapi jangan buat perhiasan k

Diri ini: baik Encik! terima kasih........

terus pakai tali pinggang dan bawak kereta dengan penuh sopan daya mutu keunggulan:$ jadi pakaila tali pinggang k sume...jangan jadi macam aku....ooooooOOO...amat memalukan:$ sekian saya melaporkan sebelum 2010:p

p/s: oh keretaku da jadi tumpuan polis...tetiba rasa mahu tukar cat kereta....hohoho:# sape2 boleh tolong catkan?:)

Monday, December 28, 2009

hadiah tahun baru

dah lama aku bloging, aku kepingin memberi hadiah pada semua(kalau bolehla...ho3) ....jadi sempena nak masuk tahun 2010 ni, aku nak bagi satu kuiz jadi sape2 yang jawab banyak yang betul akan dapat hadiah:) hadiahnya rahsia...pemenang saje yang bakal mengetahui hadiah itu... okla ada 9 soalan....saya suka nombor 9:)

1. lagu yang paling disukai oleh saya?

a~bengang-akim
b~becinta-faizal tahir
c~pakai buang-stacy
d~bella luna-jason mraz
e~teruskanlah~agnes monica

2. lelaki yang paling saya suka?

a~edward(twighlight)
b~ashraf muslim
c~adam
d~akim
e~nubhan

3. makanan kegemaran saya?

a~nasi ayam
b~speghetti
c~donut
d~ikan keli masak lemak
e~pizza

4. kartun yang paling saya suka?

a~upin dan ipin
b~ultraman
c~wonderpets
d~tom and jerry
e~barbie

5. saya suka kereta?

a~myvi
b~suzuki swift
c~audi
d~ferrari
e~BMW

6. kalau diberi pilihan, negara mana akan saya pergi?

a~jepun
b~itali
c~united kingdom
d~united state
e~indonesia

7. benda yang saya paling sayang?

a~kereta myviku
b~handphone
c~cd stacy
d~baju padini ku
e~kasut nike

8. perkara paling malas dibuat olehku?

a~jaga budak2
b~basuh kain
c~lipat kain
d~iron
e~jawab telephone

9. aku paling marah bila?

a~orang cakap merepek
b~orang mungkir janji
c~orang datang lambat
d~orang suka menyibuk
e~orang takda budi bahasa

p/s: penyertaan terbuka pada semua dan tarikh tutup adalah 11 januari 2010(sempena ulangtahun kelahiran siti nurhaliza...mana aku tau???aku kan dulu peminat ct ni mau tak tau....ho3...saje pilih tarikh tu, takda kena mengena dengan ct pun...:$) silela menjawab:)

bella luna





Mystery the moon a hole in the sky
A supernatural nightlight so full but often wry
A pair of eyes a closing one
A chosen child of golden sun
A marble dog that chases cars to farthest reaches of the beach
And far beyond into the swimming sea of stars

The cosmic fish they love to kiss
They’re giving birth to constellations
No riffs and oh no reservation
If they should fall you’d get a wish or dedication

May I suggest you get the best for nothing less than you and I
Let’s take a chance as this romance is rising
Oh, before we lose the lighting

Oh Bella bella please. Bella you beautiful luna.
Oh Bella do what you do.

You are an illuminating anchor of leagues to infinite in number
For crashing waves and breaking thunder
Tiding the ebb and flows of hunger

You’re dancing naked there for me you expose all memory
You make the most of boundary
You’re the ghost of royalty imposing love
You are the queen and king combining everything
Intertwining like a ring around the finger…

Of a girl. I’m just a singer you’re the world
All I can bring ya’ is a language of a lover
Bella Luna my beautiful beautiful moon
How you swoon me like no other

May I suggest you get the best of your wish
may I insist at no contest for little you or smaller I
a larger chance set, but all them may lie
On the rise, on the brinks of our lives

Bella please. Bella you beautiful luna.
Oh Bella do what you do.
Bella luna. My beautiful beautiful moon.
How you swoon me like no other

p/s: tetibe tebayangkan jadi bella luna...ho3....beautiful song by jason mraz again:)

Sunday, December 27, 2009

kisah nan lalu...

hu3...lagi beberapa hari je nak menginjak 2010:) aku bukan nak cite azam baru tapi, masa duduk2 tadi teringat kisah lalu....cepat kan masa berlalu??? ingat lagi aku g tadika muka comot...masuk darjah satu dan seterusnya....sekarang da usia 24 tahun dah macam2 kenangan ada. ada kenangan yang kalau bila dikenang-kenang boleh buat kita ketawa dan ada kenagan yang akan buat kita sedih...tapi tula kehidupan tetap kena diteruskan. aku bukan apa kadang2 bila kita teringat kenangan lama jadi sedey sebab da tak dapat borak2 lama2 ngan kawan2 kita kan....rindu saat2 huhuhahaha itu.

aku budak2 dulu baik(kalau tipula)...yang sebenarnya aku takdala jahat sangat cuma nakal je:) yela nama pun budak2 kan jadi tak matang lagi...sekarang da matang(sambil lambai2 tangan ala2 ratu). ingat lagi dulu bila sekolah, datang lambat tapi bila balik akula orang pertama akan kuar dari pintu pagar:$ kat dalam kelas jangan citerla...selain mengacau orang, hobi aku adalah tido tanpa memakai kasut:#(jangan dicontohi) sampai kasut pun kena sembunyikan kan jun???? tapi bila kawan2 aku, sembunyikan kasut disebabkan dah nak balik sekolah aku dengan slumber yaya je pakai beg plastik merah sarung kat kaki(citer benar ye)....nama pun nakal kan mana ada erti malu:$. dulu cikgu displin kat sekolah tu da kenal sangat dengan aku:p tangan ni da jadi habuan rotan sentiasa:$ bila kena rotan mesti cakap "terima kasih cikgu"(yang ni wajar dicontohi)ho3.

kat kolej pun sama kenakalan makin membara....hu3. cakap je sape lecterur tak kenal aku? bukan belagak tapi kenal sebab aku nakal buat pe kan...ho3(tak patut dicontohi). aku bleh plak bagi teka teki kat lecterur pai diorang pun pening nak menjawab:p...aku da cube jadi budak yang duk diam je tapi tak bolehla sebab badan aku ni cam ada satu kuasa keaktifan:p.... kat kolej lagila apa yang aku tak pernah kena? jatuh pai mulut bengkak kena tombol, kaki tesepit kat garaj, kaki bengkak kena hempap ngan fire extecusion(betul ke ejaan aku ni?)...pai lecterur aku pun da penin. tapi yang peliknya nakal2 aku pun aku dapat besahabat baik dengan warden paling garang~cik ani~ dan lecterur paling garang ~cik umi melati~...tapi tak semestinya aku rapat ngan diorang aku boleh buat suka2 hati je..marah tetap kena kalau wat salah. aku penah kena bagi penerangan untuk subjek inkeepers law sebab aku nakal dalam kelas...peh gugur rambut memikirkannya:$

dengan kawan2 pun banyak kenangan bersama:) dengan ajun, ingat tak jun i pernah tido umah u and u amik diari i???ho3...yang peliknya kau boleh plak tak sedar bila masa si budak ajun ni amik diari aku:$...tapi kawan aku ajun n shela ni suka nyakat aku...yela dulu aku mmg suka adam, diorang selalula kutuk adam cakap muka cam zed zaidila...hai bila teringat boleh senyum sendiri:) dengan kawan aku yang lagi sorang ni cikchelsea, selalu p umah dia tgk af(dulu takda astro) and naik moto dia yang canggih tu...ho3(jangan ketawa sebab moto tu banyak jasanya kan net?). dengan shah...aku ingat lagi dak shah ni pnah jatuh longkang(ketawa guling2)....aku tengah syok berbual dengan dia tetiba tengok sebelah dia da hilang...rupa2nya dalam longkang....hahahahahaha...jgn mare shah:) dengan shah ni macam2 citer lawak tapi aku boleh kongsi sedikit je coz yang lain biarlah jadi kenangan kita bersama shah:) ada satu ketika, adala kawan aku ni faezah kuat membebel coz aku dengan shah ni agak malas nak kemas2 umah ni...yela, bukan banyak barang pun...hostel la katakan. yang faezah ni dokla membebel suh kemas jadi shah pun kemasla....aku? aku pura2 sakit jadi faezah ni pun kesian kat aku and suruh aku rehat....ho3...dan kejadian yang aku tak dapat lupakan adalah aku terbangun lambat untuk kelas housekeeping....lecterurnya serius garang k(bagus dia garang sebab tu aku jadi orang). disebabkan terlalu takut aku bergegas pegi kelas dia hanya cuci muka dan berus gigi sahaja tanpa mandi:$...lepas tu aku da tak buat da, tiap hari aku mandi:)

macam2 kenangan tapi aku bersyukur ditemukan dengan insan2 yang hebat dan baik:) dan aku juga nak kongsi cerita yang aku gemar sangat tengok zaman remaja2 dulu....sekarang remaja lagi tapi remaja purba...ho3...



miss tres hermanas....

dan citer ini~



winter sonata...

p/s: sentiasa bersyukur setiap apa yang kita perolehi. nak membuka azam baru, sentiasala ingat akan kenangan yang mengajar kita erti kehidupan...moga kita takkan mengulangi, kesilapan yang sama:)

Saturday, December 26, 2009

sedap + pening

pagi2 sarapan ubi mmg terbaikkkkkkk:) tapi sesetengah orang suka cecah ubi dengan sambal, ikan kering...tapi aku plak suka cecah ubi dgn?????




dengan gula....sedap....tryla:)

dan semalam aku pegi berjimba(perkataan tuk bersuka ria) bersama kawanku ke kluang mall. aku pgla amik dia kat umah. umah dia penuh dengan anak sedara dia, almaklumla cuti sekolah... macam2 karenah yang boleh buat aku pening....uh sib baikla hanya 20 minit sahaja melayan mereka....itu pun da sangat pening... macam2 tanya ni... kak umi nak balik kul bape? apa makanan kegemaran kak umi? kete kak umi ni mahal tak? kak umi nak pegi mana? kenapa dalam kete kak umi ada ultraman? kak umi memang suke kartun ke? dan pelbagai lagi soalan....pening:$ apa yang boleh dikatakan, nasib u la net, mempunyai anak sedara sebegitu ramai.....hu3. baru ku paham kenapa kawanku ini kena jadi singa di rumah:# yela bukan senag nak menghandle budak2 yang tak makan saman....aku semalam pun hampir menjerit dengan berkata:

"jangan kacau kak umiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"




p/s: sabo jela kan:$

Friday, December 25, 2009

ikan dan shah...

ikan dan shah adalah dua benda yang berbeza k. jangan sekali2 disamakan:$ ikan adalah haiwan dan shah adalah manusia merangkap kawan baik aku:) apa yang aku nak citer ari ni adalah dua konteks yang berbeza:)

ikan....ikan...ikan....aku pelik minggu ni mak aku masak lauk ikan je????aku cakapla "nape mak asyik masak lauk ikan je??"...yela, aku bukan penggemar ikan sangat...sesekali okla. mak aku cakap ikan bagus untuk kesihatan:) jadi kita musti kurangkan pengambilan ayam dan daging....mak aku cakap, dalam seminggu tu kita makan ayam sekali je dan daging 3 kali dalam sebulan:$ aku terkezut.....aduhai takkan makan ikan je??? aku ye kan aje, yela dah mak aku yang masak kan....tapi aku da berkire2 akan ngeteh(makan di luar)...kalau da muak:$ ada sape2 mau temankan aku ngeteh?????hu3...

malam tadi aku tido kul 5 pagi...peh bling2 mata ni masih ada....sume gara2 citer boy behind flower tu...citer korea...aku tgk kat msoju. si shah nila yang bagitau bleh tgk kat situ dan citer ni best...memang best:) aku tengok pai tak boleh berenti...uh sahdis betul:$....kalau macam ni la lama2 aku makan innershine pun takda berguna coz mata takkan bersinar:$...jadi len kali shah, cakapla citer tu tak best!..takdala i tengok...hu3...salahkan shah plak:$




mata yang kurang bersinar:$

p/s: nak sambung tengok citer boys behind flower:#....tumpang lalu.....

Thursday, December 24, 2009

benarkah???

aku tadi sempatla baca blog oh bulan...hangat memperkatakan scha dan awal memberi maklum balas di twitter ditujukan pada fahrin yang kununya cube mengatakan putusnya kasih antara dia dan scha adalah sebab orang ketiga yang dikatakan awal:$ tapi yang tak tahan diorang tuduh si fahrin ni kaki pukul???? benarkah???? abis dulu ngan linda onn putus ngan fahrin sebab kena pukul kah??? uh teruje ni nak tau. yela macam tak gune je fahrin ni kalau suka pukul pompuan:%...mestila marah sebab aku pompuan....hohoho. kalau benarla, nape linda onn tak buat laporan polis seperti ummi nazeera??? yela muka ensem dan nampak baik macam fahrin ni takkanla kaki tinju pompuan plak?? tapi kalau scha pun kena seperti linda onn, si fahrin ni memangla manusia bertopengkan apa???sambungla sendiri:#

tapi kita sume tak tau kebenarannya, coz kita tak nampak perkara tu dengan mata kasar kita jadi tak bolehla buat tuduhan melulu dan menghentam tak pasal2...dengar melalui cakap2 orang je, tak patut terus cakap betul. yang tau hanya mereka yang terlibat dan tuhan je. senang je, tuhan tu maha adil, siapa yang bersalah tetap akan terima balasannya jadi kita sebagai manusia harus sentiasa berdoa moga2 ditunjukkan kebenaran itu satu hari nanti:) cume janganla membuka aib sendiri, dan benda ni boleh buat berbincang, kalau takda penyelesaian, berdoalah pada tuhan agar diberi petunjuk...(wah da macam ustazah norbaayah aku ni...he3).

tapi pada kaum lelaki, janganla sewenang-wenangnya memukul insan yang lemah seperti wanita. ingatla bahawa wanita la yang memberi anda sume dapat melihat dunia ni. hargailah mereka dan jangan ditindas. janganla masa becinta je, sanggup ku redah laut cina selatan, tapi bila da kawin...nak redah longkang tuk isteri pun tak mau....yela masa becinta bila kekasih terlanggar batu salahkan batu tapi bila da kawin salahkan isteri yang bute tak nampak batu:$ ingatla anda akan menghargai sesorang bila dia dah takda...janganla sampai macam tu, hargailah dia selagi masih hidup. pada kaum wanita, kalau lelaki tu baik dan sentiasa memberi yang terbaik, hargailah mereka dan taatla pada mereka...ceh seperti dr fadzilah kamsah plak:$

p/s: kalau lelakila pukul aku, aku p repot polis. uh suka suki je pukul orang....kalau aku belajar silat, aku silatkan je balik:%

Wednesday, December 23, 2009

ketulusan hati...

kat sini aku nak citerla pasal idola kecil. aku tak pernah tengok mana tau masa ari tu tertengok sebab takda citer best...takkan nak tgk citer kau dan aku plak???geli aku:$ masa penyingkiran begitu sedey...aku terharu dengan ketulusan seorang budak yang bernama sam ni:) sanggup keluar demi sahabat..dahla cine plak tu. betulla, budak2 ni hatinya suci dan tak tau erti dendam atau musuh walau berlainan bangsa...korang tengok jela...

dan...aku betul tak sangka budak2 bleh bawak lagu ni dengan baik...sila lihat~



dan ini~



kalau aku yang nyanyi belum tentu sedap seperti mereka:$



p/s: menitik jugela air mataku...hu3. terharu dengan pengorbanan sam:)

kopi free baru ada berani:)

tadi adalah pembukaan nanyang kopitiam kat yong peng...peh yong peng ada kopitiam:) bagus maju2 dan terus maju:p. ari ni pembukaan, pelanggan diberi kopi free:) apa lagi serbula.... ni la kopi freenya:)



terbaik!!!!!!......mentang2 kopi free, pai minta berkali2 dan pegi pai 3 kali ke nanyang kopi:p bila tak puas, order kopi ais plak....:)




yang ni bayar ye bukan free:p

promosi nanyang kopitiam ni akan diadakan sampai 28 Disember ni:) hari2 tukar untuk yang free. hari ni 23hrbln kopi(hot) free, 24 hrbln roti free, 25hrbln teh susu(hot) free, 26hrbln ice lemon tea free, 27hrbln kopi ais free dan 28hrbln nasi lemak free....best kan benda2 free ni:) apa lagi mehla kita serbu:) berbaloi-baloi....:) jangan risau dijamin halal dan all food item are pork free:) wifi pun ada:) peh promote2 ni nanyang kena bagi aku komisen ni:p

apa makna kopi free baru ada berani? takda maksud sebenarnya:p...tapi semalam aku dengan kawan terbaik ni pegila hantar cup cake kat abang dia yang kerje sebagai pegawai tentera kat K.E.M M.A.H.K.O.T.A. kluang... kagum wei yela first time dapat masuk markas tentera. ikutkan hati mau berenti dan kuar kereta tangkap gambar...tapi bila tengok muka abang tentera yang serius dan pegang senapang terus tak jadi:$ takut wei....hu3...kang tak pasal2 senapang di kepalaku...seram2...tapi abang2 askar ni baik sebenarnya cuma diorang serius sebab sudah dilatih sebegitu barula ada gaya mempertahankan negara kan(sile berbangga abang2 askar). tapi sempatla gak aku tangkap gambar secara sembunyi2 untuk tatapan korang yang tak pernah masuk markas tentera macam aku:p tapi ni rahsia tau jangan plak korang bagitau kat abang2 askar kang tak pasal2 blog aku kena gam gajah...muhahahahahaha....





tempat amik pas sebagai pelawat...kena bagi IC ye...:)





diorang tengah berkawat...dapat tangkap gambar dari jauh je...yela tangkap gambar dalam kete yang sedang bergerak kan:)





aku ingat markas tentera ni musti banyak banggunan tapi salah...banyak padang yang luas dari banggunan...korang tengokla...kalau macam nila padang nak lari pun rasa give up:p






masa ni tangkap gambar, aku takut je abang askar yang gagah perkasa tu perasan...tapi setelah kawan aku mendesak aku pun tangkapla...hu3...tabik hormat!(askar2 ni hanya tabik hormat dengan askar2 je...dengan kitaorang takpun, diorang buat dek je:$ nampak sangat muka aku dan kawan aku ni tak ada muka askar)


p/s: sedapnya kopi nanyang:) teringat pernah minum kopi kat rengit kopitiam BP MALL dengan c.ani. cawannya kecik je tapi pahitnya mak ai....terbaik....:) jom minum kopi...ada berani?...hu3

Tuesday, December 22, 2009

muak:$


aku muak....itu yang mampu diungkapkan. mana tak muak dengan perangai artis2 ni suka sangat menipu walau benda tu dah terangan2 betul. bila di tanya dengan soalan ini:

~betul ke anda bercinta?

jawapan yang akan diberikan adalah ini:

~no komen

~kami sekadar kawan

~kelakarla mana ada....

~itu cuma gosip semata...

~kami memang kawan rapat, tapi untuk bercinta tak mungkinla....

macam2 lagi jawapan yang akan diberi...tapi untuk mengaku becinta tidak sama sekali. itu aku tak kisahla lantakla ko nak rahsiakan ke apa, tapi bila sudah putus cinta baru nak mengaku. dahla mengaku pastu buka pekung di dada dan citer diala yang jahat, itula inila.....bosan aku tengok muka diorg je kat paper:$ nak beli paper pun rasa malas:$

kan senang diorang mengaku ye kami becinta, jadi orang taula ni tup2 da putus pastu bergaduh plak...uh memualkan. kalau nak kata taknak heboh2 takut tak jadi, amikla langkah sebegini dengan berkata:

"ye, kami memang sedang mengenali hati budi masing2, tapi jodoh sume datang dari tuhan, kalau ada jodoh, sampaila ke jinjang pelamin, kalau tak, tidaklah"......
( kan lebey manis jawab sebegitu? aku plak yang nak kena ajar??) jadi takdala semua orang terkejut, tetiba da putus, tetiba da kahwin padahal sebelum ni bagai nak rak menafikan. kalau menafikan makinla orang nak tau, makinla muka ko kuar surat kabor ari2. biasanya wartawan malaysia ni kalau bagi citer 90% betul....nak contoh? ok saye bg.

~dato ct nurhaliza pernah digosipkan dengan dato k...jawapan ct tentang gosip itu???

"saya tak pernah kenal pun dato k tu sape...." tapi tak lama kemudian buat sidang akhbar umum perkahwinan.....(masa ni aku sebagai peminat dia rasa tertipu sangat2, sekarang dah tak minat langsung tak kisah, lantakla nak buat apa ct....)

~marsha dan kefli digosipkan bercinta....

" kami hanya kawan"....tup tup bila da pisah..." ye kami mmg becinta, tapi da putus mungkin takda jodoh"....uh baru nak mengaku....aku pai terkejut, sebab pikir bila masa diorang becinta???

~akhil dan waheda digosipkan ada hubungan walhal si akhil hey ni masih jadi suami orang:8

waheda sanggup bersumpah wei kata" kami takda apa2 hubungan dan ini adalah fitnah"...lepas tu apa jadi???? kahwin terus cakap"perasaan kasih sayang tu tak dapat dibendung lagi".....geli aku:$

~zizie ezzeti dan bung mokhtar(artis ke?...tapi da kawin dengan artis jadila selebriti gak:p)...dikatakan sudah melangsungkan perkahwinan tapi tak mengaku...

yang kelakarnya si bung bung chak ni(habislah aku gelarkan ahli politik sedemikian rupe:$) berkata" saya tak cukup kacak buat dia"...ayat tak boleh blah:$ tapi selagi ko menafikan perkara yang benar selagi tula orang akan bertanya...lama2 mengaku juge dengan berkata"ye, kami dah kawin, tapi fahamilah keadaan saya yang nak jaga hati isteri pertama" tau pulak ko jaga hati? kalau ko mengaku dari awal takdala benda ni ari2 kuar paper dan isteri pertama ko takdala sakit ati, ari2 baca paper kuar citer ko kawin lagi satu....uh....

~remy ishak dan ummi nazera...dikatakan hangat bercinta...

tak mengaku wei cakap hanya kawan rapat...bila da terjadinya pergaduhan dan isu pukul memukul ni terus bagi statement, "ye kami mmg bercinta...dulu saya tak mengiyakan kerana menghormati permintaan ummi dan kuarganya" dan pelbagai statementla yang kuar pai sekarang....pening aku tengok gelagat dua orang ni:$

dan ramai lagila tapi malas aku nak taip...tapi tula contoh artis yang beria berkata TIDAK, tapi akhirnya mengaku juga. apa salahnya berkata jujur? dah nama ko artis, jadi ramaila yang tahu kan...kalau ko nak sangat privacy, senang je takyah jadi artis...takda sape nak tau ko nak becinta ngan sape ada orang kisah??? kalau berterus terang bila putus ke berkawin ke takdala orang rasa terkejut dan takdela rasa tertipu. muak aku dengan sikap taknak mengaku dan menipu ni...:$

p/s: jujurla pada diri sendiri:) pada peminat2 artis yang aku bagi contoh di atas tu janganla nak meroyan tak tentu pasal...ni cuma pandangan aku je...kalau korang tak puas hati ke hapa, komen gunala perkataan yang elok utk dibaca ye:p

Monday, December 21, 2009

kenapa penat?

kenapa pa kau penat? mau tak penat aktivitiku amat padat sbb diisi oleh pelbagai aktiviti. nak tau apa dia? baiklah, aku citer:) ari sabtu 19hrbln, sepupu yang sebaya denganku melangsungkan perkahwinan. aku kira sepupu paling rapatla...yela dia lahir 28hrbln april 1985 dan aku 30hrbln april 1985. kami dah membesar bersama...main sama2, gaduh pun same2:p jadi bila detik bahagia sepupuku haruslah aku membantu apa yang perlu kan.... 17hrbln aku dah datang rewang:) biasala orang jawa macam2 kena buat...serius penat:$ buat kuih koci pun sendiri...kalau aku beli je kat kedai:p tapi tula namanya orang jawa kan, rajin(sile bangga orang jawa...aku campuran banjar+jawa=banjawa) di sini aku pun nak ucap selamat pengantin baru pada fadhila dan pasangannya azrol, semoga berbahagia ke anak cucu:) korang tengok jela gambar yang berjaya aku snap walaupun tgh bz bagai nak rak:$




ni adalah barangan hantaran pihak pompuan kepada pihak lelaki




cup cake hantaran yg dibuat oleh kawanku




sepupuku masa nikah...lawa kan??? pandai mak andam make up:) bagi tepukan ckit kat mak andam:)



masa nikah..ala2 saloma gitu:)



masa sanding:)



kek kahwin yang juge telah di baking olek kawanku

tapi selain aku sibuk membantu agihkan berkat pada tetamu, uruskan kek, uruskan sesi bergambar, uruskan makan beradap pengantin(betul ke apa yang aku cakap ni? kalau salah,iam sowi), aku juga ada tugas iaitu...nah amik:~




menjaga budak:$.......tapi yang ku benar2 jaga ialah dua budak kesayangan hamba:)




icha dan akil~wajah kesayangan hamba~

tapi dalam banyak2 budak, nila juara paling buat aku nak campak kat laut(harap makcik aku tak buka blog ni:p)



tengok cara duduk da tau macam mana budak ni kan???uh tak tahan aku:$

tapi utk meredakan ketensenanku kerana terlalu penat, aku pun buat something...nak tau apa? ni dia~




yeay mari kita berkaraoke:)



yeah aku dan sepupu menyanyi walaupun suara entah pe2...hu3:) janji lepas tensen:p





sempat lagi posing masa karaoke...:p

lepas majlis tu,malam aku terbongkang...tido tanpa bantal and alas....mula2 ingat nak baring je tapi tetido...punyala penat:$....ingat boleh berehat esoknya...tapi omakku ajak aku pegi JB hantar adikku yang belajar kat UTM dan sambey jalan2....nak tau kitaorg g mana? jom:)




kat dalam kete tgh berangan:p lepas je hantar adik aku kat UTM, aku pun pegi ke tempat ni...aku dah lama tak g tempat ni...dulu masa blaja, selalula pg tempat ni pai bosan:p...tapi bila dah lama tak pegi rasa rindu plak:p




ni la tempat yamg aku maksudkan....plaza angsana:)....lama rasanya tak pegi...sempat aku rembat sandal:p

balik dari johor sampai umah kul 1 pagi...memang penat....ingat ari ni nak rehat tapi ada juga aktiviti:$....nak tau apa? ni dia~




hari jadi mak aku...nak buat surprise:) ni juga telah dibuat oleh kawan saya (dah banyak ni net i promote)



dan juga kfc telah dihidangkan....:)



mee bandung juga disediakan:) aku beli je:p

dan inilah bisday girl...eh girl plak...besday mom:)




selamat hari jadi mak...semoga panjang umur dan murah rezeki:)

panjang tul entri kali ni....hu3...takpela sesekali entri penuh gambar:) tgh makan2 masa majlis tetiba tup! karen takde...hampagas tul....aku pai tak nampak aku makan ayam ke sudu:$...sib baik kejap je.... mmg penat kan...aku pun nak tidola...di sini aku nak bagi korang tgk muka aku cam budak ni kalau ada tenaga dan selepas ilang tenaga:~



wajah ketika banyak tenaga:)




muke da kehabisan tenaga:$

p/s:mau berehat dengan secukupnya........ZzzzZZZZzzz


artis paling kacak...

dan setelah undian ditutup, pemenang bagi artis paling kacak jatuh kepada.....




jejaka iam yours....~mohd afiq hakim~

tahniah k...tapi si ponti edward pun ensem juge....hu3...

p/s: nak citer banyak tapi dah tak larat:$ penat sangat.nantila lepas kumpul tenaga yang banyak, akanku cerita satu persatu aktiviti yang membuat aku hampir pengsan....ni pun nak taip tak larat....:(

Wednesday, December 16, 2009

sejuk ke?

jangan salah faham dengan tajuk entri di atas...takda kena mengena dgn ct kesayangan semua...muhahaha:p malas aku nak bicara pasal ct je. tak kose. bukan dapat N97 pun.....lalalalalalalalala. aku nak cakap pasal sejuk ke malaysia ni????? kenapa aku tanya? sebab aku suka beli baju yang berbentuk jaket atau kot...amat suke:) masalahnya malaysia ni ada turun salji ke? tula kelemahan aku pantang nampak jaket atau kot cantik sikit:$ aku bagi korang tengok koleksi jaket and kot...ni pun bagi 3 je tgk...yang len da ada yang bagi orang dan ada yang da lusuh:$




kot puteh ni aku beli murah je hgnya rm80 tak silap jenama tized...tapi suka sebab cantik:)



yang ni jenama seed hg RM189 tapi lepas less tinggal RM140 lebey tak silap:p aku suka sebab unik and warnanya cantik:)



yang ni baru beli:$ jenama yishion, harga RM129....takda less:$ suka sebab nampak cool:)


~masalahnya, aku beli banyak2 tapi jarang pakai...selalu pakai baju cardigan PDI dan baju sejuk giodarno je ulang2....alasan dah selesa:$ tapi keinginan untuk membeli kalau sudah nampak amatla tinggi:$ ni pun dah berkira2 mau beli kot hitam kat yishion dengan harga RM149:$ napela baju kot and jaket kat yishion tu lawa2??? dan masalah yang paling besar adalah malaysia ni bukan sejuk sangat tapi kenapa aku banyak beli baju sejuk dan kot????tiada jawapan utk soalan itu...mungkin sudah hobi agaknya:$ silela bagi tips utk menghilangkan hobi ini:$

p/s: kalau omakku tau musti membebel bak lagu pakai buang:$

antara fakta dan kutukan:)

ha yang ni memang khas untuk peminat dato ct yang tak tau beza antara fakta dan kutukan:)meh aku terangkan, melalui pengalaman aku yang dah lepas sekolah:)

bila aku berkata....

*tapi sebenarnya aku lagi kecewa dengan pendirian ct. dulu berjanji bagai nak rak dengan peminat akan memakai tudung pas pulang mengerjakan haji. sekarang mmg masih memakai tudung tapi tak tau fesyen apa:$ ct oh ct, kalau tak bersedia buat apa berjanji. aku ni takdala baik sangat cume, aku taknakla ct mencemarkan orang yang ikhlas pakai tudung tapi dengan gaye ct pakai tudung macam tu menjatuhkan maruah orang yang bertudung(amik ko statement tak syg mulut namanya). aku lagi suka ko bukak je tudung ct kalau ko tak bersedia lagi jadi takdala orang mengumpat ko. betul bukak lagi bagus dari pakai tudung ala2 topi.

~adakah apa yang aku tulis di atas ni adalah satu kutukan??????? atau fitnah????? ada ke aku cakap benda yang tak betul??? korang rasa ct pakai tudung ala2 topi tu tak betul ke??? abis nak cakap fesyen apa??? takkan aku nak cakap wah, ct cantik pakai tudung macam tu wajar dicontohi atau, bagus ct ada perubahan tuk tutup aurat sikit dari tak tutup langsung:p tak ke nama tu jahil???? benda yang tak betul dikata betul semata2 sebab terlampau minat dengan insan bernama ct nurhaliza. kalau ct pakai tudung sebagaimana pemakaian tudung tu diajarkan oleh agama islam takdela sape nak tegur. sebab tutup aurat ni kan benda yang baik, jadi kenala ikhlas dan bersungguh2 jika nak melakukannya. takkan sekadar mahu melepaskan batuk di tangga je, sebab dah berjanji dengan peminat tuk menutup aurat selepas menunaikan haji, pakai tudung macam tu jadila dari tak pakai langsung....voley??? kalau belum bersedia janganla berjanji bagai nak rak. salah ke apa yang aku cakap? ada aku kutuk???

dan cuba bandingkan apa yang peminat penatik ct nurhaliza ni komen kat blog aku...

*entah apa2 r konya blog ni minah??
ko ni padapu kan??sejak bila ko minat siti ek??xtahu pulak aku ek??
hipokrit.. aku pun xminat siti tp xada mcm ko hipokrit!!
bangga sangat ke stacy ko sekarang ko tu minah!! yang terlompat2 mcm monyet wei sesar sikit r ni malaysia r wei..negara islam...
so ko tu dah pakai tudung tapi perangai entah apa2..fuck penyanyi wanita..suara aurat maa...baik ko bukak tudung ko tu minah...
menyampah tgk muka ko tergedik2 mcm nak sesuatu..hee...


~walau tak tau ttg diri aku pun bagai nak rak cakap ni. lagi bagus kata2 aku atau kata2 penetik ct ni??? tak minat ct konon tapi memaki kita ni bagai nak rak. sape yang lagi hipokrit???? jadi anda sendiri dapat bezakan fakta dan kutukan kan...kalau tak paham lagi takpela, nak buat macam mana kan:p nak lagi tengok penetik2 ni meroyan pegila ke blog kawan aku~http//cikchelsea.blogspot.com~ pesanan pada peminat2 penatik DATO' SITI NURHALIZA silala inform pada ahli2 ctzone tuk menjengah blog aku dan kawan aku ni...kami bersedia melayan amarah anda:) lalalalalalalalalala.

p/s:agaknya yang penetik2 ct ni dapat apa ek dari ct sampai sanggup menegakkan benang yang basah...dapat hp nokia N97 ke? kalau dapat, mau aku pertahankan ct gak ni:p

Monday, December 14, 2009

katakan tidak pada anon

mula2 aku buka komen tuk anon ni sebab nak bagi ramai komen kat blog aku sebab aku tau bukan sume orang ada blog termasukla my friend shah. tak sume anon tu tak baik...lihatla seperti asha, yang memberi komen pastu taruk nama sekali:) tapi adala sesetengah anon ni merepek kat blog ni tapi dengan nama samaran anon...sungguh memualkan. aku malas nak layan perangai anon ni yang ntah makin lama makin meroyan kat blog aku ni jadi aku da tutup setting tuk comment bagi anon. ti kalau biarkan lama2 makin banyakla bahasa yang tak patut ditunjukkan pada umum akan dikeluarkan. jadi aku membuat keputusan, katakan tidak pada anon!

sebab kalau ada orang nak komen kat blog aku pun, walau menggunakan bahasa yang takda bahasa, sekurang-nya aku tau siapa gerangan orang tu. barula gempak kan....bolehla kita berkenal-kenalan dan mengeratkan silaturahim(ayat tak boleh blah). barula berani kerana benar kan? takkan berani komen tapi tak berani dedahkan identiti sebenar? cakap ceh pung pang2 ni cakap kita macam2 tapi tak tau siapa gerangannya. orang macam nila sebenarnya yang paling hipokrit. pada peminat2 fanatik ct tu takyahla nak meroyan kat blog aku tapi takda tinggalkan nama. tinggalkanla nama atau blog, nanti bolehla aku jengah ke blog korang....bukan nak membalas dendam, tapi sekadar membaca luahan hati korang plak kat blog korang semua....jangan risau, kalau aku komen pun aku akan jaga budi bahasa dengan sebaiknya dan korang pun akan tau saper yang komen:)

kawan aku ni pun dulu peminat setia ct nurhaliza, diapun ada pesanan buat peminat ct nurhaliza juga:)...silela pg ke blog kawan saya...

tersenyum lagi:)


aku ingat benda ni dah habis dah. tapi ada juga insan tak malu nak bikin kecoh kat blog aku. masalahnya aku tak rasa apa2 pun cuma kelakar dengan peminat fanatik ni...lihatla apa yang ditulis sehingga buat aku tersenyum pai telinga:-

Anonymous said...
dato ct tak perlukan kamu pun..dato ct dah ada peminat ramai lagi dari stacy..suka hati dato ct lah dia nak nyanyi lagu2 dia ke suami dia..tak salah kan??dah yg kau sibuk2 tu knape??buat poll konon..kat blog dia boleh lah..hidup dato ct!!
December 14, 2009 8:51 AM

Anonymous said...
lebih baik menutup aurat walaupun ckit daripada tak tutup lngsung!!
December 14, 2009 8:54 AM

Anonymous said...
at least dato ct nyanyi juga muzik org melayu kita..tulis suka hati je!! dan satu lagi,walaupun dato ct tak full pkai tudung,,at least dia tak mengutuk org macam kau ni!!
December 14, 2009 9:00 AM

Anonymous said...
cermin dulu diri kau sebelum nak mengutuk org!
December 14, 2009 9:01 AM

korang rasa saper mereka ek? adakah orang yang sama atau berlainan?:)....cube korang tengok waktu komen mereka...dekat2 je kan....:) aku pun pelik sebab dia komen kat entri aku yang bertajuk inilah nasibku.....apa kena mengena dengan ct? nak komen pun salah tempat:) hai susahla ada jugak orang macam ni. baikla aku jawabla juga pada insan yang ntah tak tau saper ni. aku panggil dia fanatik la k.

wahai fanatik, saper kata ct perlukan aku? ada aku cakap? pasal aku komen ct tujukan lagu utk suami dia, tu cuma pandangan aku and luahan hati aku kat blog aku....diulangi blog aku. kalau aku buat poll pun ada susahkan kau? aku buat sendiri kan? ada suruh kau buat? takda rasanya sebab ni blog aku jadi aku buat sendirila:)

wahai fanatik, kalau nak komen tu janganla ikutkan sangat rasa marah tu...komen macam takda ilmu langsung pasal agama. mana ko belajar lebih baik menutup aurat ckit daripada tak tutup langsung??? aku pun tak cakap aku pandai sangat, tapi kalau stakat aurat tu aku taula. ada ke istilah lebih baik tutup sikit daripada tak tutup langsung????aku cume bagi pendapat je. aku tak cakap pun yang tak pakai tudung tu tak baik dan yang pakai tudung sume baik. tapi pakai tudung tu kan satu kewajipan, jadi kalau nak pakai, pakaila betul2 kalau tak sedia lagi baik tak payah. itu just pandangan aku je dan luahan ati di blog aku. kalau kau ni peminat setia ct konon takkan benda yang tak betul tapi sebab terlalu fanatik dikata betul? dan kalau nak kata aku kutuk ct, aku rasa apa yang aku cakap sume jujur dari hati and pandangan aku. aku takda pun cakap bukan2 pasal ct rasanya..... aku dah banyak kali cermin diri sebab tu banyak kali juga aku mention yang aku ni bukanla baik sangat, cuma aku bagi pendapat je. tak salah rasanya kan. negara kita ni demokrasi. aku rasa ko yang patutnya cermin diri ko, sebab komen kat blog orang tanpa bagi salam dan aku pun tak tau sape kau.

kalau ko tak suka apa yang aku tulis kat blog aku, so ko tak payahla buka blog aku. just do it your own blog....ke kau nak aku ajar macam mana nak buat blog???? masa tu kau nak tulis betapa bagusnya ct ni tulislah...ada aku kisah??? aku tak pernah pegi blog orang lain, pastu bagi komen entah pe2 tanpa budi bahasa. aku menghormati blog orang lain sebab, itu adalah hak mereka nak bagi pandangan masing2...nama pun blog sdn bhd kan??? kalau ct lagi ramai peminat dari stacy jadi???ada aku kisah???? go onla...aku tak halang pun orang lain dari minat ct, aku cuma bagi pandangan dan pendapat aku je. this is my blog... ko reti baca kan???? ni blog aku, if u dont like, tak payahla baca...buat memenuhkan komen je.... lain kali nak komen tu, tunjukkanla anda tu orang yang diberi tuhan akal dan ilmu ye...kalau tak buat penat je pegi belajar tinggi2 tapi bagi komen macam tu.....

ape2pun aku minta maafla kalau aku ada menyinggung hati dan perasaan kau. pasal aku ko jangan risaula, aku dah lama maafkan ko dan hati aku ni jenis takda perasaan...jadi rileks je. ala benda ni sebenarnya remeh je... kalau tak boleh menerima pendapat and tak boleh ditegur walaupun benda yang orang tu buat salah bek kita duk kat bulan. kat sana takda sape kacau. takda manusia sempurna termasukla aku.


p/s: lalalalalalalalalalalalalala.......malas nak layan tapi dah kacau blog aku dan buat bising aku layankan jela.....hu3

Sunday, December 13, 2009

inilah nasibku...:$




mengapa kamu, mengapa jadi begitu???? inilah nasibku......petikan dari lagi kumpulan nico:$...begitu sesuai pada diri ini. nak tau kenapa? baiklah aku citer....citenya bermula pada malam sabtu, aku tido awal dalam pukul 10.30 aku da tido sebab menyampah adik aku buka citer kau dan aku tu:#. tapi dalam kul 2 pagi kot aku terjaga sebab haus....haus betul....aku pun dengan gelojoh pegi ke dapur dan membuka peti ais lalu nampak botol terus meneguknya....aku tak baca pun botol apa yang aku minum tu...yela mamai dan haus kan....korang rasa apa yang aku minum??? nak tau apa dia? benda yang aku minum tu adalah.....

kicap:$

kalau nak tau rasanya macam mana, korang rasala sendiri...tapi serius baik jangan rasa, sebab aku dah rasa betapa peritnya minum kicap dengan gelojoh:$...dari aku mamai terus jadi segar bugar...agaknya kicap ni ada power root tak....hu3. terusmata ni tak ngantok....jadi aku pun pegila bilik air dan berus gigi, yela sebab gigi pun hitam disiram kicap:$ lepas berus gigi aku yang tak bleh tido, bacalah majalah. tengah syok baca sume majalah, tetiba aku dengar something...mula2 aku biarkan je tapi lama2 makin kuat dekat almari pakaian aku...peh berderau darah beb. aku yang sememangnya takut jadi makin takutla kan. aku pun buka langkah seribu terus lari pegi bilik mak aku....mak ngan ayah aku punyala terkejut, tanya pada aku, "mie kenapa ko tak tido lagi?"...aku dalam kedaaan pucat lesi bagitau, "ada hantu dalam bilik kita"....ayahku berkata, " ko biar betul mie?"...aku pun mengangguk dengan berkata, " betul2"....

lalu ayahku pun pergi kebilikku sambil ditemani aku....ayahku bertanya"mana hantu nya?"...aku menunjuk pada almari pakaianku....lalu ayahku membuka almari itu...korang rasa benda apa kat dalam almari tu? nak tau apa?

hantu berkaki empat~kucing~

p/s: moral dari cerita di atas, kalau terjaga malam2, tidurla semula....:p

artis paling popular 2009

semua sedia maklum yang saya ada buat poll untuk aris paling popular 2009. dan setelah undian dibuat dan setelah undian ditutup pemenangnya adalah??? tapi mari kita lihat sape yang tercalon dahulu:) calon-calonnya:-

~nabil ~mawi ~ct nurhaliza ~akim ~stacy ~hafiz ~tomok ~faizal tahir

dan pemenangnya ialah.........

TAHNIAH STACY!



p/s: thanks pada yang sudi vote:)

Tuesday, December 8, 2009

selamat ulangtahun sahabatku:)

selamat hari jadi....
selamat hari jadi...
selamat hari jadi...

selamat hari jadi yang ke 24 tahun sahabatku HARLINA LAILI BTE ABD. SHUKUR... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. da 6 tahun lebih rasanya kita menjadi sahabat:) macam kejap kan? masa berlalu dengan pantas, tapi i bersyukur persahabatan kita kekal sampai sekarang dan i harap ia akan kekal sampai bila2:) takda apa yang i minta selain kebahagiaanmu wahai sahabat:) di hari lahirmu ini i tujukan lagu ni khas utk u~



The Jackson 5 - I'll Be There

You and I must make a pact, we must bring salvation back
Where there is love, I'll be there

I'll reach out my hand to you, I'll have faith in all you do
Just call my name and I'll be there

I'll be there to comfort you,
Build my world of dreams around you, I'm so glad that I found you
I'll be there with a love that's strong
I'll be your strength, I'll keep holding on

Let me fill your heart with joy and laughter
Togetherness, well that's all I'm after
Whenever you need me, I'll be there
I'll be there to protect you, with an unselfish love that respects you
Just call my name and I'll be there

If you should ever find someone new, I know he'd better be good to you
'Cause if he doesn't, I'll be there
Don't you know, baby, yeah yeah
I'll be there, I'll be there, just call my name, I'll be there

(Just look over your shoulders, honey - oo)

I'll be there, I'll be there, whenever you need me, I'll be there
Don't you know, baby, yeah yeah

I'll be there, I'll be there, just call my name, I'll be there...

p/s: i sentiasa ada utk u:)

Monday, December 7, 2009

hanya tersenyum...

hadapilah dengan senyuman....:) ingat lagi tak entri aku yang bertajuk, dulu ct sekarang stacy.... aku buat blog ni just have a fun and nak luahkan pendapat aku je tak lebih dari tu. tapi dalam entri tu adalah makhluk allah yang tak menonjolkan diri dan memberi komen seperti ini:-

anonymous said

entah apa2 r konya blog ni minah??
ko ni padapu kan??sejak bila ko minat siti ek??xtahu pulak aku ek??
hipokrit.. aku pun xminat siti tp xada mcm ko hipokrit!!
bangga sangat ke stacy ko sekarang ko tu minah!! yang terlompat2 mcm monyet wei sesar sikit r ni malaysia r wei..negara islam...
so ko tu dah pakai tudung tapi perangai entah apa2..fuck penyanyi wanita..suara aurat maa...baik ko bukak tudung ko tu minah...
menyampah tgk muka ko tergedik2 mcm nak sesuatu..hee...

penuh emosi kan komen dia??? tapi takda budi bahasa:) kalau nak komen tu, biarlah berbudi bahasa sikit....pandai cakap aurat mana, tapi bahasa mengalahkan orang yang tak berilmu:) bagi aku, aku buat blog ni just for fun and luahan hati, jadi aku berhak luahkan apa2 asalkan aku tak mengeluarkan ayat2 yang tak ada budi bahasa:) siapalah agaknya gerangan dia ek? aku pun takda masa tuk amik tau, cuma aku nakla mention, kalau anda kata blog saya ni entah pe2, tak kisahla. this is my blog, if u dont like u just do it your own blog:) if you want comment in my blog, jagala bahasa tu sikit...tak payahla nak komen dalam nada terlalu emosi dan tak ada adab. tunjukkanla diri anda tu orang berilmu:) dan janganla suka2 cakap manusia yang diciptakan allah dengan sempurna dikatakan monyet. dan aku tau aku tak baik tapi aku takdala nak mengeji orang sedemikian rupa:) kalau ko suruh aku buka tudung, apa hak ko? dan kalau ko menyampah tengok muka aku, tak payahla tengok, just tengok muka kau sendiri kat cermin, mesti ko tak menyampah:p aku ke hipokrit atau ko yang hipokrit??? ko bagi komen tak ada budi bahasa, tapi aku pun tak tahu siapa ko sebenarnya...sape agaknya yang hipokrit kan? biarlah,....aku maafkan apa saje ayat yg ko cakap sebab aku bukan sempurna sangat. takda manusia yang sempurna kan. memaafkan lebih baik dari berdendam:) aku nak ucapkan gak terima kasih sebab sudi singgah di blog aku yang entah apa-apa ni dan memberi komen yang tak ada budi bahasa....thanks yar:)

p/s: hai macam2 kan...kelakar pun ada. korang rasa dia ni peminat sape?:p

Saturday, December 5, 2009

astro oh astro!!

bukan niatku nak membebel pasal astro ni tapi mmg kena bebel beb. bengang aku dgn astro ni. bayaran tiap bulan mahal beb. tapi siarannya amat2 mengecewakan:@ dahla tu asyik ulang2 je pai aku hafal dialognya...rancangan lupa lirik tu ntah baper puluh kali ulang pun aku tak tau. tu belum lagi drama2nya....ulang pai aku pun dari kurus da jadi gemuk sikit masih ada citer tu.....uh berbaloi ke bayar mahal??? dahla asyik ulang, pastu drama yang disiarkan langsung tak ada kualiti! lagi2 drama kau dan aku tu...peh mmg hampagas. drama macam tu ko promote bagai nak rak astro????? aku betul2 tak tahan tgk drama tu...mmg ntah pe2. walaupun aku minat akim tapi drama tu mmg tak ada kualiti langsung! berbulu tgk wei mila belakon macam dibuat-buat...uh benci sungguh. pastu rancangan alamak tu mmg alamak terlebey sudah:$ lawak ntah pe2....aku rasa cam orang bodoh je tgk rancangan tu..baik aku tengok Halaqah lagi bagus. citer nur kasih tu terbaik...nape astro tak beli citer macam tu? takda duit kah? asyik pomot budak af je...kalau yang femes takpe ni yang suam2 kuku je pun ko nak pomot2 lagi. mmg aku tak puas hati! aku sebagai pengguna mustila bengang dengan astro dan aku ada hak!

p/s: amat menyampah tgk astro ria...baik dilupuskan jela astro ria tu:@

jom juget:)

rasa nak joget bila tgk stacy nyanyi lagu ni...mari joget bersama2:)



p/s: kalau aku yang nyanyi sambey joget macam nila gamaknya mau pengsan:$

Friday, December 4, 2009

biar betul stacy takda????




pagi2 aku da pegi beli paper berita harian sebab nak undi stacy bagi anugerah artis wanita popular bagi ABP2009.... sekali tengok....biar betul???????takkan takda nama stacy tapi nama mila, zehra zamri ada plak. yang paling tak tahan, liyana jasmay and nabila huda pun ada????kalau anda pelik aku 10 kali ganda lagi pelik. pelik bin ajaib wei...korang penah dengar nama prima yin tak? bagaimana pulak dengan nama saira? lynn? han? azura lisa? anna rafali??? terus terang aku tak penah pun kenal nama2 penyanyi wanita tu! ke mereka lebih dikenali daripada stacy????tolong bagitau diri ini!!!!!!! ke astro tak hantar nama stacy untuk sertai ABP???tapi ada plak nama mila, akim and aril?????uh sungguh konpius wei!!! adakah ni konspirasi nak bagi ct menang lagi???? ini tak adil! bersaingla cara sihat! aku nak undi sapa ni wei??? takkan nak undi ct?(uh taknak aku) nak undi mila?(lagila taknak)....cara terbaik adalah AKU NAK BOIKOT ANUGERAH TU DAN BERITA HARIAN SEKALI! sungguh aku pelik kenapa takda nama stacy???? bagi aku 1000 sebab nape takda nama stacy wei Berita Harian!

p/s:diriku amat marah pai amik suratkhabar berita harian tuk bersihkan najis kucing:$

JAWAPAN BAGI PERSOALAN:
SEBENARNYA ADA KESILAPAN SEBAB NAMA STACY TERCICIR JADI PIHAK BERITA HARIAN DAH PUN BAGI PENJELASAN DAN MINTA MAAF. TERIMA KASIH MR KOSE(PRESIDEN STACYFRENZ) ATAS PENJELASAN ANDA:) AKU PUN NAK MINTA MAAF KAT BERITA HARIAN COZ TAK SENGAJA MARAH2 PADA BERITA HARIAN. TAPI LAIN KALI JANGANLA ADA KESILAPAN MACAM NI LAGI K. BUAT AKU TERKEJUT JE:p

Thursday, December 3, 2009

cari jodoh

hu3 aku da 5 kali dok ulang2 dengar lagu cari jodoh dari wali band cam terkena batang idung sendiri:p tapi aku bukan taknak kawin cuma tak bersedia(jawapan artis...wakakaka). betulla, bangun tido pun lambat and kena kejut, pastu pas bangun bukan reti nak kemas bilik tido...alasan?malam nanti kan nak tido balik(alasan orang pemalas...tlg jgn contohi:$). lagi satu aku da biasa idup solo wei...nak becintan cintun secara jiwang ni mmg belum bersedia:& silap2 bleh temuntah ni....tapi bukan aku taknak kawin cuma belum jumpa orang yang aku sayang je. takkan nak kawin main kawin je...tak sayang pun takpela janji kawin....boley??? oh diriku masih tak tedesak lagi. aku bukan nak lelaki sekacak akim, atau seputih nubhan atau segagah rain(kalau dapat da rezeki kan jangan ditolak:p). cuma biarla lelaki tu mmg aku ada perasaan kat dia bukan main sebat je. kang pas kawin kalau tak boleh sayang cam mana? takkan aku nak sayang kat kucing plak???(apa yang ko merepek ni s#$@%). perasaan mana bleh paksa2...kang kalau paksa2 jadi benci terus lagi susah:$ aku takdala mengharap cinta sejati bak romeo dan juliet(nak temuntah). cuma aku nak lelaki tu ikhlas dan aku ada perasaan kat dia sudah. cuma ikhlasla cakap aku suka lelaki yang manja n penyanyang(ni rahsia tau:$). kenapa aku suka lelaki yang manja??? sebab aku tak manja jadi bila tengok orang manja memang nampak comel:p. tapi janganla manja seperti kucing, sumpah aku tak layan:$. aku belum jumpa lelaki yang dia suka kat aku and aku pun suka kat dia. jadi tunggula sampai tiba saat itu. aku percaya tuhan dah tetapkan jodoh masing-masing. dan aku berdoa mudah2han lelaki yang aku suka nanti ialah lelaki yang baik budi pekertinya, beriman dan boleh membimbing aku...amin:) marila same2 kita hayati lirik cari jodoh dari wali band:-

~Cari Jodoh~

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

p/s: lagu ni cam terdesak sangat kan???hu3...aku masih ok je takdela terdesak cuma orang sekelilingku yang terdesak mencari jodoh untuk aku:$ takda keje lain agaknya...menyibuk je kan. pegila buat benda yang berpaedah dari menyibuk hal orang lain. cium badan sendiri dulu busuk ke tak, sebelum sibuk2 cium bau badan orang lain(peribahasa baru yang aku buat khas utk sang penyibuk)

twilight new moon



semalam tengok cerita ninja assassin and ari ni tengok citer sambungan twilight iaitu new moon...pawagam sudah seperti rumah kedua...hu3:$ ni sinopsis citer new moon. bagi yang dah tengok citer twilight mesti akan paham kalau tengok citer new moon ni:) thanks pada sahabatku coz sudi citer twilight padaku...kalau tak sumpah tak paham tengok citer new moon ni:p

sinopsis:

edward(si pontianak cool) becinta dengan bella(seorang manusia). dalam new moon ni banyak ujian thdap pecintaan diorang. bermula dengan edward tinggalkan si bella ni sebab rasa dengan tinggalkan bella, bella akan selamat. kejam wei edward tinggalkan bella terkontang kanting sendiri sedangkan bella sangat cintakan si edward tu. si edward ni pun cakapla yang dia akan tinggalkan bella dan takkan ganggu bella sampai bila2. si bella ni da cam orang gile bila edward tinggalkan dia. pastu dia buatla macam2 perkara yang pelik biar si edward datang selamatkan dia seperti dia nak bawak moto laju2 dan macam2 lagila. bella ni rasa kosong dan sunyi sangat bila edward tinggalkan dia......lalu munculla jacob yang badannya berketak dan suhunya 108 darjah celcius(sedap kalau peluk waktu hujan and sejuk ni...:$). diala yang mengisi kekosongan si edward tu...bella mula sayang kat si jacob ni...tapi jacob ni ada sembunyikan satu rahsia dari bella....si jacob ni rupa2nya serigala jadian...dia ada group serigala jadian yang memburu pontianak ni kalau si puntianak melanggar perjanjian....perjanjian iaitu jangan membunuh manusia. tapi si bella ni amatla cintakan si edward tu walau si jacob ni pun suka kat dia and da try mengurat tapi bella ni setia betul:$ konflik bermula bila, victoria(si pontianak) mencari bella ni tuk balas dendam. si jacob nila yang menggalas tugas si edward sebelum ni iaitu melindungi bella... apa akan terjadi selepas itu? adakah bella akan jatuh cinta dengan serigala jadian~jacob~? adakah bella akan mati dibunuh oleh ~victoria~? adakah edward dan bella akan kembali bersama??? saksikan di pawagam berdekatan dengan anda...apa lagi tengok jangan tak tengok!

p/s: untung si bella dapat cinta dari lelaki2 cool dan cute:) pelik tengok bella tak takut dengan pontianak....kalau aku dah lama terkucil:#....suka tengok gang jacob(serigala jadian) badannya ketak2 and muka jambu2:p....aku ni asik tengok lelaki badan berketak2 je...uh sungguh mengasyikkan....hu3:&....cuci mata je:p tak sabar nak tengok sambungan twilight seterusnya...cepat2la buat sambungan ye mr produser:$




geng serigala jadian~jacob and the geng~ mari kita cuci mata same2:$