Monday, November 30, 2009

dua drama dalam satu hari

alkisah di sebuah padang pasir....ceh. pada ari ahad 29 nov akan ku ingat sampai bile2. alkisahnya bermula aku ni nak antar icha(anak makcik) balik umah dia balik selepas menjaganya dari pagi pai petang. best jaga budak yang tak banyak karenah ni:)....tapi niatku mmg nak singgah carefour sebelum menghantar dia pulang. lagipun kawan terbaikku ni tempah macam2 kat carefour tu...hu3. tapi bukan tu yang aku nak citer, tapi kisah ni aku nak citer....jeng3...hu3:-

drama 1:

para pelakon~

aku yang tak terbabit
suami itu
isteri itu

aku dgn gaya mak orang mendokong icha sambey membawa barang yang banyak menuju keretaku......sudah sampai di kereta aku cepat2 letak barang dan icha di tempat duduk sebelah pemandu(masa ni tangan lenguh peh tak terkata).....tetiba kepala ini rasa seperti dibaling sesuatu:$ toleh kebelakang ada wanita yang baling buku nota pada aku?????? pastu cakap seperti ini:-

wanita itu: tipu! abang tipu!

(saya terpinge2, bila masa plak aku jadi abang dia and bila masa plak aku tipu dia?)
tetibe terdengar sore lelaki....

lelaki itu: abang tak tau takde bukan abang tipu...kan abang cakap kita tgk2 dulu.

(oh ada lelaki rupenya saya kemaluan....hu3) tak kisahla kan ko nak gaduh ke apa janji aku nak balik..... tapi tetiba sang lelaki berkata begini:-

suami itu: adik(merujuk pada saya), tengokla isteri abang ni. abang da cakap kita tgkla ada tak daging kijang kat carefour ni...tgk2 je dulu. kalau takda nak buat macam mana?

lalu si isteri pun memintas dengan berkata seperti ni:-

isteri itu: tipu dik dia tipu!(sambil nangis2) dia da janji ngan akak nak beli daging kijang...kata kat carefour ada tapi takda pun! dia tipu! akak da lama teringin dik(pai menangis teresak2 kat situ)

aku blur.....mau tak blur tetibe je kan? apa kena mengena aku dalam citer ni ni tetibe je telibat sama? aku kurang pasti tapi mungkin da takdir:$ yang aku pelik napela sang suami tu cari daging kijang di carefour???? tapi tak boleh salahkan sang suami juga sebab mungkin dia da berusaha cari di mana2 tapi tak jumpa dan utk memujuk isteri dia cakapla nak cari di carefour...aku rasala kan....lamunanku thenti bila sang lelaki bebunyi:-

lelaki itu: sudahla tu yang kita balikla....

wanita itu: taknak balik!!!!!!!!!!abang tipu!!!!!!!(kaki da tendang2 tayar kete suaminya)

aku yang tak tahan tgk babak drama macam ni lalu berkata seperti ini:-

aku yang tak tebabit: kak, bawakla banyak bersabar kak....suami akak ni da cuba tapi takda nak buat macam mana....sudah2la tu.

suaminya tetiba menyampuk

suami itu: dahla yang....saya janji esok pagi saya cari sampai dapat. malam ni kita pegi makan ye...ayang nak makan kat mana2 je abang bwk...jom ek...

aku kagum dengan kesabaran sang suami memjuk isterinya:) si isteri yang mula berubah riak mukanya berkata:-

isteri itu: abang janji ek bwk daging tu esok?
(suami mengangguk)
isteri itu: malam ni ayang nak makan tom yam yang isinyi sumer ketam!
suami itu: yela.

selepas mengucapkan terima kasih kat aku mereka sepasang suami isteri pun beredar dengan aman:) aku pun dapat hantar icha dengan aman:) tapi aku berdoa, jika satu hari nanti aku mengidam apa2la, harap tidakla mengamuk di khlayak ramai seperti itu:#.... jangan tukar siaran, ingat drama da abis tapi nanti dulu....ada drama no 2.

drama 2:

para pelakon~

diriku
caller

selepas menghantar icha pulang dan aku pun menuju pulang ke rumah sambey drive kete.....tetiba ada panggilan telepon aku pun menjawabnya dengan senang hati....nak tau apa pemanggil tu memanggilku? ikuti dialog aku dan pemanggil...aku gelarkan pemanggil dengan nama caller:-

caller: hei pompuan!!!

(aku terpinga lalu menjawab masih dengan supan santun...yela budi bahasa kan budaya kita:))

diriku: ye saya pompuan ada apa yang boleh saya bantu?(penuh hemah kan??? hu3)

caller: hei pompuan tak guna!

(aku terkejut.....tapi tetap menjawab dengan supan....malam tu mood aku amat baik ye)

diriku: mmmm...tak guna dari segi apa ek? boleh saya tau?
caller: sudahla pompuan ko dah rampas tunang aku ko buat2 baik plak!

(aku terkesima.....bila masa plak aku kawan ngan tunang orang?????)

diriku: maafla ek sape tunang awak?

caller: ko jangan buat2 tak kenalla! ko dengan nizam dah lama kan buat onar???? ko memang tak malu kan! tunang orang pun ko nak rampas! pompuan jenis apala ko ni!

(masa ni da bebulu tinge ni mendengar segala kemarahan yg dilemparkan pada diri ini tapi aku masih menjawab dengan sesupan yang boleh)

diriku: maafla ek. saya tak penah ada kawan nama nizam...mungkin awak ni salah orang kot...

caller: ko jangan nak tipula betina!(tadi pompuan ni betina plak membuatkan ksabaranku hampir hilang) ko memang dasar @!#@!$@#.......banyak2 lelaki kat dunia ni tunang aku gak ko nak! ko mmg betina tak sedar diri! ko #@$@#!%#$^%$(terlalu kesat utk ditulis)

kalau anda di tempat sayala, anda masih boleh bersabar ke??????? saya yang bersabar sejak tadi mula bersuara

diriku: hei manusia....ko dengar apa aku nak cakap. tunang ko nama nizam kan? sape nama aku yang ko kata dah rampas tunang ko tu?

caller: kola nama pun tak tau!

diriku: yela sape????

caller: nurain!

(masa ni semangat aku telah terkumpul dan mau dilepaskan seperti bola berapi)

diriku: ah nurain ye??? dengar ye nama saya umi kalsom bte roseli! kad pgenalan 850430-01-5546...tinggal di tman sri rahmat yong peng dan no hp saya 013-__________! jelas tak penerangan saya manusia?

caller: errrr....ni bukan no 013-________?

pantas ku menjawab,

diriku: bukan!

caller yang dari tadi petah berkata-kata terus terdiam apa cerita???? aku pun memberi sepatah dua kata sebelum mengkahiri perbualan telefon kami

diriku: lain kali nak terjah2 orang bagila salam ke apa ke ni tak main terjah je. kan sekarang sape yang malu??? takpela aku tau ko dah malu kan jadi aku maafkanla pa yang ko cakap kat aku tadi. asssalamualaikum!

panjang entri aku kali ni......cam drama kan? tau takpe. balik umah diri ini amatla lepak sekali ye terus tido...Zzzzzzz:%

p/s: janganla malukan diri sendiri:)

Friday, November 27, 2009

tolongla pilih:)

saya nak mengemaskini blog saya and nama pun da tukar dari ke bintang~bintang zone~......ini sume atas sebab nak menginjak tahun 2010 jadi kenala buat pembaharuan:) jadi tolongla pilih mana gambar yang harus saya letak di blog ini:) ini adalah gambar2nya:-





gambar A



gambar B




gambar C

kerjasama anda semua amatla saya hargai...jadi tolongla saya buat keputusan ok:)

pakai and buang duit:)

hu3 entri ntah pe2...tapi aku nak citer pasal aktivitiku..... dalam 2 3 hari ini aktivitiku adalah buang duit(statement cam anak jutawan:$) nak tau apa yang ku beli dalam minggu ni je? nah tgk ar:p




beg dompet jenama GMX...tgh sale wo rugi tak beli:$



cardigans dari PDI.....mmg selesa:)



cermin mata dari channel tiruan:p hg baru 12 ingget...sile2 beli di summit:p



lotion mustajab utuk sapu di kawasan banyak lemak....haruslah membelinya sebab diri ini sudah berlemak:#



semua bajuku ditaja oleh butik ini:p (jangan ko nak verangan ye, motip nak taja ko???...sebenarnya ditaja oleh diri sendiri...hu3. aku mmg amat2 suka baju dari butik ini:).... hg berpatutan and yang penting selesa bila dipakai:)

p/s: bila shupping ia adalah terapi terbaik bagi pompuan:p thanks to nenet yang telah membawa kete utk kita pg beshuping and sya coz blanja pizza yang sedap:)



Friday, November 20, 2009

senarai lagu yang layak ke final AJL09

nila senarai yang layak~

Kau Aku (Aizat)
Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
Aku Scandal (Hujan)
Dan Sebenarnya (Yuna)
Aurora (Estranged)
Bengang (Akim)
Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
Masih Jelas (Hafiz)
Situasi (Bunkface)
Rindu Terhenti (Tomok)
Pakai Buang (Stacy)
Pergi (Aizat)
Bencinta (Faizal Tahir)
Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)

p/s: tahniah! yang penting stacy and akim dapat masuk, yang len ada aku kisah...ha3.......yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyy nak tgk final!

oh begini anak dato'.....

wah bunyi entry je dah macam seram...hu3.... sebenarnya aku dah lama tgk gelagat anak tiri dato ct ni.... bukan kita nak burukkan orang tapi sebagai pengajaran pada kita. taknak cakap banyak, perhatikanla dan renungkanla gelagat anak dato k, merangkap anak tiri ct nurhaliza~



wah sesi peluk beramai2 ke cik abang?



ni tanda salam mesra bagi anak-anak org kaye:p



yeay...lepas berpoye2 kita ucap cheers...

bila lihat gambar di atas cuba kita fikirkan nak salahkan sape??? dato k kah? bekas isteri kah? ct nurhaliza kah? ke salahkan budak tu sendiri? sebenarnya kalau kita nak fikir salah siapa tak guna sebab akan ada macam2 jawapan....tapi cuba kita pikir, kenapa anak orang kaye2 perangainya mmg ala2 macam ni???? tak sume anak orang kaye macam ni tapi kebanyakannya sume mmg cam ni kan??? kalau direnungkan, tuhan da bagi segala kesenangan pada mereka, tapi apa yang mereka lakukan dengan rezeki yang diberi oleh tuhan???? tepuk dada tanya selera. pada mereka yang telah mendapat rezeki melimpah ruah jagala rezeki yang diberi digunakan ke jalan yang sebaiknya bukan ke jalan yang salah. kalau tuhan tarik rezeki yang anda dapat masa tu takkan baru nak beringat dan berubah???....hai.....lu pikirla sendiri.

p/s: tak kaye takpe, tapi sentiasa bersyukur dia atas apa yang diberi olehnya:)

Friday, November 13, 2009

muzik2 semifinal part 2

sebelum ni da ada part 1, n part 2 ni lagu2 yang bertanding adalah seperti berikut:)

Aurora (Estranged)
Seadanya Aku (Nubhan)
Tahu Tak Tau Joget (Jinbara)
Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz)
Fikirlah (Aizat)
Khatimah Cinta (6ixth Sense)
Bengang (Akim)
Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
Cinta gila (Gerhana ska)
Benar-Benar (Adam)
Pakai Buang (Stacy)

dan top 5 minggu ni ialah:

Aurora (Estranged)
Seadanya Aku (Nubhan)
Bengang (Akim)
Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
Pakai Buang (Stacy)

tahniah pada yang berjaya tapi ni bukan konpem, minggu depan baru konpem pada yang dapat markah tinggi dapat masuk final:)

p/s~ akim dapat masuk, stacy pun dapat, nubhan pun dapan....suke2:)

Wednesday, November 11, 2009

ya ampunnnnn comel:$

sape comel? aku ke? motip nak cakap diri sendiri comel kan:p....sebenarnya anak erra dan emran ni~engku aleesya amatla comel ye.....geram tol aku:&......nak tgk gambar ni....comel kan????



peh ni agaknya cara dak kecik shopping:p



peh comel:$ gambar engku aleesya tgh besantai...hu3



musti pakai rambut palsu mak dia ni...kan erra byk rambut palsu:p



ni gambar erra and engku aleesya...muka copy paste je kan?...hu3

p/s: comel betulla anak erra ni......rasa nak cubit je pipi engku aleesya ni....grrrrrrrrrr:$



Sunday, November 8, 2009

Glory Glory Manchester united:)




fuh kanan, fuh kiri harap2 malam ini manchester menang lawan chelsea:p go go man u! dan ini khas lagu buat team kesayanganku~manchester united~


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

yehaaaaaaaaaa! u can do it!!!!!!!




p/s: pada team chelsea....here we come....hungga, hungga....hu3:)



Saturday, November 7, 2009

muzik2 semifinal part 1

ni adalah senarai penuh lagu2 yang layak masuk semifinal:~

Mirage (Pesawat)
Kau Aku (Aizat)
Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
Oh Anok Anok (Reshmonu)
Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
Aku Scandal (Hujan)
Enjut (Noraniza Idris)
Gila (Mila)
Dan Sebenarnya (Yuna)
Raja Gelek (One Nation Emcees)
Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)
Aurora (Estranged)
Seadanya Aku (Nubhan)
Tahu Tak Tau Joget (Jinbara)
Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz)
Fikirlah (Aizat)
Khatimah Cinta (6ixth Sense)
Bengang (Akim)
Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
Pari-Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)
Benar-Benar (Adam)
Masih Jelas (Hafiz)
Situasi (Bunkface)
Rindu Terhenti (Tomok)
Patri (Jinbara)
Pakai Buang (Stacy)
Pergi (Aizat)
Ketika Ini (Estranged)
Bencinta (Faizal Tahir)
Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)

dan semifinal muzik-muzik part 1 tadi baru je berlangsung pukul 10 pm tadi membariskan lagu2 seperti:~

Mirage (Pesawat)
Kau Aku (Aizat)
Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
Oh Anok Anok (Reshmonu)
Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
Aku Scandal (Hujan)
Enjut (Noraniza Idris)
Gila (Mila)
Dan Sebenarnya (Yuna)
Raja Gelek (One Nation Emcees)
Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

dan yang layak bertanding untuk ke final adalah:~

Aku scandal-hujan
kau aku-aizat
tak mungkin kerana sayang-alyah
raja gelek-one nation emcees
dan sebenarnya-yuna

tahniah k:)

p/s: minggu depan 13 nov ada lelaki kesayangan(akim) dan stacy kat semifinal....ui tak sabar....:p

Thursday, November 5, 2009

tag:saya sedang.....

ikutkan hati malas nak buat tapi demi sahabat yang paling ku sayangi, baiklah ku buat juga.....

  1. sangat penat dan letih.....bila boleh p spa ni??????
  2. sehari mesti dengar suara akim nyanyi lagu bengang, pai dah tak rasa bengang:p
  3. ngah pikir nak masuk gym:p
  4. sampai sekarang masih rasa kesedapan mini cheese kek dari kawan yang sedap...eh....kawan tersayang:p
  5. pikir baju MNG tu nak jual kat sape ek????? dah tak muat saiz s:$
  6. ngantok....peh hujan2 ni sedap tido:&
  7. teringin nak pegi tgk muzik2 final:$
  8. kentut.......best gak macam irama dan lagu:p

lelaki kesayangan........

hu3 apa motip ko nak citer ttg ni? takda motip sebenarnya tapi saje2 sebab sudah penat bila cerita tentang lelaki kesayangan rasa hilang penat:p




ui rasa nak belajar main gitar:)



terkesima beb:$



bila lelaki ni nyanyi lagu ni, rasa nak pengsan 20 kali:&




masa ni rasa nak terus bersanding ngan akim:$



alahai.....:&



tgh rehat pun nampak ensem.....iskkkkkk:$

dan lirik lagu ni buat lelaki kesayanganku....akim, i am yours:)

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
Now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
And nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment babay sing with me
I love peace for melody
And It's our God-forsaken right to be loved love loved love loved

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Scooch on over closer dear
And i will nibble your ear

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I'm be saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

But I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find that the sky is yours
Please don't, please don't, please don't
There's no need to complicate
Cause our time is short
This oh this this is out fate, I'm yours!

p/s: nantila wat tags tu net...i kepenatan....:p

Wednesday, November 4, 2009

bintang realiti yang paling dibenci???

bintang realiti yang paling dibenci....itula researh dari cari.com.....silela tgk list2 nya k:)

1. MAWI AF3 (suara sumbang, takdak showmanship, menari kengkang, komunikasi pun tunggang;langgang; tapi yang peliknya ramai pulak yang minat dia)
2. FARAH AF2 (gelak macam orang gila, kononnya nak jadikannya satu trademark dia tapi gelak macam tu memang tak sesuai, ingat, gelak bagai nak rak nanti boleh putus tali kentut pulak)
3. YAZID AF7 (takdak x-factor, sungguh membosankan, tak layak jadi finalis af7)
4. HAFIZ AF7
5. TOMOK OIAM3
6. DAFI AF5
7. AMYLEA AF3
8. BURN AF1
9. ZAHID AF2
10. MILA AF5
11. FAIZAL AF4
12. FARHAN AF4
13. PIJA MENTOR 1
14. DANIEL MI2
15. LOTTER AF4
16. CLAUDIA AF7
17. OBRI AF7
18. TUNKU TIARA YASMIN SOFIA (TIARA OIAM2) - pelakon gadis cuci yang sungguh tak berkualiti
19. NUBHAN AF6
20. FELIX AF3

(kredit 4 cari.com)

itu dari cari.com punya research......ni list aku plak...aku takdala benci cuma tak suke je....meluat pun ada...wakakakakaka....ni list ke bintang:~

1. dafi~harap muka je cute(masalahnya cute ke????) tapi sore peh standard dak tadika:p
2. mila~sore bila nyayi live semput cam ada penyakit semput:$ tapi mila ko ni mmg takda bakat dalam lakonan, tolongla jgn berlakon sebelum aku bertambah meluat:$
3. yazid~pai sekarang aku tak paham nape boleh masuk final????? mamat ni cam takda keistimewaan langsung:p
4. faizal~serius mat kartun....cam manala bleh jadi juara af...isk3
5. amylea~sore okla tapi perangai kurengla sbb nampak cam bagus je kan....
6. daniel malaysia idol~ sore cam @#%#$@^@ tu pun boleh jadi juare.....tak paham aku:$
7. obri af7~ serius wei tak best:p
8. hafiz~juara yang...entahla..biasa2 je....(paling tak tahan dia pelat huruf L) berbulu sungguh bile dia nyanyi masih jelasss...cube dengar betul2....geli aku:$
9. Aril~amat meluat ngan kepoyoran mamat ni.....ingat diala lelaki paling ensem n cute sekali...tlglah jangan poyo sangat:$

p/s: itu saje listing aku.....tolong jangan membenci diri ini ye peminat2 artis yang aku meluat....bukan pe cuma luahan hati je:p...lagi pun ni blog aku, ada aku kisah???? cak3....hu3...peace:)

Monday, November 2, 2009

kau dan aku


ari ni saya nak citer pasal cerita yang telah dipromote oleh astro secara besar-besaran.....pandangan saya ialah cerita ini indah khabar dari rupa....mak ai, citer macam ni yang ko war2kan sentiasa astro?????? lagi bagus ceita srumpah bunian tu. kalau nak dibandingkan dengan nurkasih jauh sekali.....cis memang hancus. ko memang pandai astro, sebab citer cam hampagas tapi disebabkan ada akim dan aril poyo:$ orang yang meminati mereka mestila tengok....contohnya sayala....:&.....tapi seriously citer ni amatla hampeh dan entah apa2.... dan yang tak paham lagi kenapa harus buat kat indon????? kat malaysia takda kolej ke? nak kata pemandangan kat indon tu cantik, aku tengok kolejnya pun ala2 sekolah menengah kita. pasti ada scene kat umah cam kat studio....yang tak tahan bilik kuliah lagi cantik bilik darjah kita masa sekolah dulu:p banggakan sangatla ko dengan produk indon tu. dan yang aku tak boleh tahan lagi, nama pun drama muzikal tapi janganla sume watak, noni ke, ika ke sume bile nyanyi guna sore mila....motip apa ko nak guna sore mila sume....bukan ke noni and ika tu ada sore sendiri dan diorang pun lahir dari bintang af??? ko ingat sore mila tu sedap sangat? ke mila ni ada share ngan astro??(amik ko pertanyaan bertubi2). nasib baik bila watak lelaki ko takda plak sume guna suara akim bila nyanyi....cuba bayangkan muka aril tapi sore akim bila nyanyi....apa perasaan....peh ber**** aku:$ nak aku describe sorang2 dalam watak ni ke? boleh:p

  • akim- mmg ensem(dasar gatal...hua3). renungan mata dia peh tak tahan. boleh tahanla akim ni berlakon walau agak kaku. tapi its okla coz pecubaan pertama boleh diperbaiki:)
  • mila- sumpah tak best:p kaku gile dan tak nampak natural. kadang2 tertanya kenapala dia boleh jadi heroin? serius wei naik menyampah aku tengok dia berlakon macam dibuat2 je....geli tau tak! lagi2 bila digandingkan dengan lelaki kesayangan(akim). tapi serius memang tak pandai berlakon budak mila ni:&
  • aril- walaupun aku agak menyampah ngan kepoyoran mamat ni tapi tak dinafikan lakonan dia nampak hidup. pandai gakla mamat ni berlakon tapi agak menyampah sebab watak dalam citer tu pun sama cam perangai dia iaitu poyo:p
  • ika af6- dia agaknya lagi layak jadi heroin dari mila. walau aku tak minat dak ika ni tapi tak dinafikan dia pandai berlakon. nampak tak berpura2 dan terdesak nak berlakon....lagipun dia memang da banyak berlakon jadi ada pengalaman.
  • noni af5- dia lebey cute and cantik dari mila dalam cerita ini:p serius wei dia agak cute and yang penting tinggi(jahat tak aku?...hu3). dia pun tak nampak kaku bila berlakon.
  • raja farah- bawak watak antagonis dalam cerita ini. tapi aku suka sebab dia pandai bawak watak dia....aku lagi suka dia dari watak heroin....macam mana tu?
watak2 lain malasla aku nak terangkan tapi yang tak tahannya ada watak yang ngomongnya indon tapi kolej kat malaysia...pelakon tambahan orang indonla tu:p citer ni jalan ceritanya entah apa2 tak paham aku. serius lagi berbaloi tengok nur kasih dari tgk citer ni. aku berani jaminla yang tengok citer ni budak2 sekolah yang memang tak kisah pun jalan citer asal dapat tengok akim and aril:p pesanan aku kat astro len kali buatla cerita yang berkualiti sikit....sebab kami tengok rancangan anda bukan free tapi berbayar tau tak???uhhhh, dahla bayar mahal pastu ada citer yang hampeh plak macam tu. dalam sebuah cerita, drama atau filem, tak semestinya pelakon kena popular semua tapi kalau jalan cerita entah apa2 tak guna juga. yang penting jalan cerita mestila kuat dan berkualiti jadi tak kisahla saper yang berlakon tetap orang tengok dan kalau popular tu satu bonus. janganla main tangkap muat je....bagila something yang berbaloi dengan bayaran kami:&

p/s: mula2 tahan tengok ni sebab akim tapi sebab citernya cam hampeh tu terus walau ada akim tetap tak best:( saper yang kater cerita ni best anda memang bute seni(pandai2 je aku kan). tapi serius mmg citer ni tak best. dari tengok citer ni bek tengok citer awan dania....