Monday, November 30, 2009

dua drama dalam satu hari

alkisah di sebuah padang pasir....ceh. pada ari ahad 29 nov akan ku ingat sampai bile2. alkisahnya bermula aku ni nak antar icha(anak makcik) balik umah dia balik selepas menjaganya dari pagi pai petang. best jaga budak yang tak banyak karenah ni:)....tapi niatku mmg nak singgah carefour sebelum menghantar dia pulang. lagipun kawan terbaikku ni tempah macam2 kat carefour tu...hu3. tapi bukan tu yang aku nak citer, tapi kisah ni aku nak citer....jeng3...hu3:-

drama 1:

para pelakon~

aku yang tak terbabit
suami itu
isteri itu

aku dgn gaya mak orang mendokong icha sambey membawa barang yang banyak menuju keretaku......sudah sampai di kereta aku cepat2 letak barang dan icha di tempat duduk sebelah pemandu(masa ni tangan lenguh peh tak terkata).....tetiba kepala ini rasa seperti dibaling sesuatu:$ toleh kebelakang ada wanita yang baling buku nota pada aku?????? pastu cakap seperti ini:-

wanita itu: tipu! abang tipu!

(saya terpinge2, bila masa plak aku jadi abang dia and bila masa plak aku tipu dia?)
tetibe terdengar sore lelaki....

lelaki itu: abang tak tau takde bukan abang tipu...kan abang cakap kita tgk2 dulu.

(oh ada lelaki rupenya saya kemaluan....hu3) tak kisahla kan ko nak gaduh ke apa janji aku nak balik..... tapi tetiba sang lelaki berkata begini:-

suami itu: adik(merujuk pada saya), tengokla isteri abang ni. abang da cakap kita tgkla ada tak daging kijang kat carefour ni...tgk2 je dulu. kalau takda nak buat macam mana?

lalu si isteri pun memintas dengan berkata seperti ni:-

isteri itu: tipu dik dia tipu!(sambil nangis2) dia da janji ngan akak nak beli daging kijang...kata kat carefour ada tapi takda pun! dia tipu! akak da lama teringin dik(pai menangis teresak2 kat situ)

aku blur.....mau tak blur tetibe je kan? apa kena mengena aku dalam citer ni ni tetibe je telibat sama? aku kurang pasti tapi mungkin da takdir:$ yang aku pelik napela sang suami tu cari daging kijang di carefour???? tapi tak boleh salahkan sang suami juga sebab mungkin dia da berusaha cari di mana2 tapi tak jumpa dan utk memujuk isteri dia cakapla nak cari di carefour...aku rasala kan....lamunanku thenti bila sang lelaki bebunyi:-

lelaki itu: sudahla tu yang kita balikla....

wanita itu: taknak balik!!!!!!!!!!abang tipu!!!!!!!(kaki da tendang2 tayar kete suaminya)

aku yang tak tahan tgk babak drama macam ni lalu berkata seperti ini:-

aku yang tak tebabit: kak, bawakla banyak bersabar kak....suami akak ni da cuba tapi takda nak buat macam mana....sudah2la tu.

suaminya tetiba menyampuk

suami itu: dahla yang....saya janji esok pagi saya cari sampai dapat. malam ni kita pegi makan ye...ayang nak makan kat mana2 je abang bwk...jom ek...

aku kagum dengan kesabaran sang suami memjuk isterinya:) si isteri yang mula berubah riak mukanya berkata:-

isteri itu: abang janji ek bwk daging tu esok?
(suami mengangguk)
isteri itu: malam ni ayang nak makan tom yam yang isinyi sumer ketam!
suami itu: yela.

selepas mengucapkan terima kasih kat aku mereka sepasang suami isteri pun beredar dengan aman:) aku pun dapat hantar icha dengan aman:) tapi aku berdoa, jika satu hari nanti aku mengidam apa2la, harap tidakla mengamuk di khlayak ramai seperti itu:#.... jangan tukar siaran, ingat drama da abis tapi nanti dulu....ada drama no 2.

drama 2:

para pelakon~

diriku
caller

selepas menghantar icha pulang dan aku pun menuju pulang ke rumah sambey drive kete.....tetiba ada panggilan telepon aku pun menjawabnya dengan senang hati....nak tau apa pemanggil tu memanggilku? ikuti dialog aku dan pemanggil...aku gelarkan pemanggil dengan nama caller:-

caller: hei pompuan!!!

(aku terpinga lalu menjawab masih dengan supan santun...yela budi bahasa kan budaya kita:))

diriku: ye saya pompuan ada apa yang boleh saya bantu?(penuh hemah kan??? hu3)

caller: hei pompuan tak guna!

(aku terkejut.....tapi tetap menjawab dengan supan....malam tu mood aku amat baik ye)

diriku: mmmm...tak guna dari segi apa ek? boleh saya tau?
caller: sudahla pompuan ko dah rampas tunang aku ko buat2 baik plak!

(aku terkesima.....bila masa plak aku kawan ngan tunang orang?????)

diriku: maafla ek sape tunang awak?

caller: ko jangan buat2 tak kenalla! ko dengan nizam dah lama kan buat onar???? ko memang tak malu kan! tunang orang pun ko nak rampas! pompuan jenis apala ko ni!

(masa ni da bebulu tinge ni mendengar segala kemarahan yg dilemparkan pada diri ini tapi aku masih menjawab dengan sesupan yang boleh)

diriku: maafla ek. saya tak penah ada kawan nama nizam...mungkin awak ni salah orang kot...

caller: ko jangan nak tipula betina!(tadi pompuan ni betina plak membuatkan ksabaranku hampir hilang) ko memang dasar @!#@!$@#.......banyak2 lelaki kat dunia ni tunang aku gak ko nak! ko mmg betina tak sedar diri! ko #@$@#!%#$^%$(terlalu kesat utk ditulis)

kalau anda di tempat sayala, anda masih boleh bersabar ke??????? saya yang bersabar sejak tadi mula bersuara

diriku: hei manusia....ko dengar apa aku nak cakap. tunang ko nama nizam kan? sape nama aku yang ko kata dah rampas tunang ko tu?

caller: kola nama pun tak tau!

diriku: yela sape????

caller: nurain!

(masa ni semangat aku telah terkumpul dan mau dilepaskan seperti bola berapi)

diriku: ah nurain ye??? dengar ye nama saya umi kalsom bte roseli! kad pgenalan 850430-01-5546...tinggal di tman sri rahmat yong peng dan no hp saya 013-__________! jelas tak penerangan saya manusia?

caller: errrr....ni bukan no 013-________?

pantas ku menjawab,

diriku: bukan!

caller yang dari tadi petah berkata-kata terus terdiam apa cerita???? aku pun memberi sepatah dua kata sebelum mengkahiri perbualan telefon kami

diriku: lain kali nak terjah2 orang bagila salam ke apa ke ni tak main terjah je. kan sekarang sape yang malu??? takpela aku tau ko dah malu kan jadi aku maafkanla pa yang ko cakap kat aku tadi. asssalamualaikum!

panjang entri aku kali ni......cam drama kan? tau takpe. balik umah diri ini amatla lepak sekali ye terus tido...Zzzzzzz:%

p/s: janganla malukan diri sendiri:)

2 comments:

cc said...

pehhhhhh!!!

mcm dlm TV jek situasinya...giloss ah!

mimie said...

tula net...ada saper produser nak buat drama dipersilakan...huwakakaka....perasan:p