Showing posts with label stacy. Show all posts
Showing posts with label stacy. Show all posts

Monday, January 11, 2010

nota untuk STACY

Stacy, malam AJL saya rasa anda dah buat yang terbaik...persembahan amat bertenaga. Jarang penyanyi malaysia dapat menyanyi sambil menari seperti anda. Saya yang selalu karaoke lagu-lagu anda pun walaupun tak menari, hanya menyanyi sudah semput. Saya pun hairan bagaimana anda dapat tenaga seperti itu. Persembahan anda di malam AJL amat memukau. Saya nampak kesungguhan yang diberikan. Bukan mudah nak menari sebegitu rupa serta kekalkan stamina supaya suara selaras keluar dengan tarian yang bertenaga. Tapi, anda dapat lakukannya...syabas!

Pada AJL 24 malam tadi bila nama anda tidak diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik...Saya amat terkejut dan kecewa. Apa yang juri mahukan pun saya tak faham...takkan nak bawak naga atas pentas plak baru anda menang????? Bila difikirkan jika saya yang melihat persembahan anda sudah amat kecewa bila anda tak dapat memenangi kategori persembahan terbaik, apatah lagi anda yang telah berusaha keras untuk memberi persembahan yang terbaik 2 tahun berturut2....Effort tarian anda pada malam tu amat bagus. Tak pernah penyanyi malaysia yang dapat menari sebegitu. Yang suara sedap dan vokal yang mantap berlambak...kalau nyanyi kontrol ayu lagila berlambak. Tapi anda nyanyi dari hati dan tak pikir aku cantik ke tak itu amat bagus:) Saya da muak dengan penyanyi yang kontrol ayu di atas pentas padahal indah khabar dari rupa....

Saya pun tak paham apa kekurangan dalam persembahan anda. Bagi saya persembahan anda begitu membuat diri ini terpaku di depan kaca tv. Persembahan yang formal yang biasa kita lihat dengan membawa kanak2 atas pentas lalu bermain gitar sambil lari dan menyanyi bersama kanak2 boleh memukau juri.... Yela saya bukan profesional kalau nak dibandingkan dengan juri2 yang berjiwa seni halus kan....Tapi agaknya juri2 nak anda menyanyi sambil bwk props la....gitar ke, piano ke pastu menari, pastu naik gajah dan pegang tangan kanak2 dan berlari menuju ke juri dan menyanyi lagu jangan...jangan permainkan cintaku.......ho3...agaknya boleh membuat juri kasi trofi terus:) Tapi saya percaya pada rezeki, cuma saya sedikit terkilan dengan kekalahan anda di atas persembahan yang dasyat tu. Walaupun begitu, jika kalah tak semestinya gagal dan menang tak semestinya hebat kan? Jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk membuat persembahan yang lagi baik punya di masa hadapan. Harapan saya tahun 2010 ini adalah satu permulaan untuk anda terus maju kehadapan.

Untuk album baru anda pun saya berharap lebih banyak single balada dihasilkan. Sebab saya yakin bakat anda bukan setakat pada tarian yang bertenaga tapi juga vokal anda amat bagus. Anda sudah buktikan yang anda mempunyai vokal tersendiri semasa di akademi fantasia 6. Masih saya ingat lagi bagaimana anda menyanyi lagu 'rela' pada konsert kedua AF6...begitu 'superb dan wow'. Album pertama anda mempunyai lagu balada berjudul 'cinta yang kuduga' dan anda bawakkan dengan begitu sedap. Cuma mungkin lagu fast anda lebih menonjol dan banyak seperti 'gagap', 'pakai buang' dan 'aku stacy' menyebabkan lagu balada anda seperti dipinggirkan. Harapan saya, album kedua anda dapat seimbangkan antara lagu slow dan fast. Maybe kalau ada 10 lagu, 6 lagu fast dan 4 lagu slow. Itu dapat buktikan anda bukan sahaja boleh menyanyi lagu fast dengan baik tapi lagu slow juga. Saya yakin dengan kebolehan anda.

Akhir kata, saya ingin berterima kasih kerana telah menghiburkan saya dengan persembahan anda di AJL 24. Walaupun agak sukar menerima kekalahan anda, tapi saya sentiasa berfikiran positif bahawasanya kekalahan itulah membawa kejayaan dan 'Hero biasanya kalah dulu sebelum menebus kemenangan dengan penuh bergaya'...hu3. Apa yang anda boleh buat, teruskan melangkah kehadapan dan berusaha 200% lagi untuk memberi yang terbaik. Orang boleh cakap apa-apa tapi yang mengharungi segala cabaran adalah diri kita jadi percaya pada diri kita ok. Pandang terus kehadapan sambil sesekali toleh kebelakang untuk kutip pengalaman yang sudah diperolehi sebalum ini. I hope you will do the best at 2010.

p/s: Hati ni masih bengang dengan penjurian AJL tapi percaya yang tak semua orang suka apa yang Stacy persembahkan dan bukan juri pun yang beli album. Peminat juga....terkesima dengan juri2 yang handal dalam AJL:)

Sunday, December 13, 2009

artis paling popular 2009

semua sedia maklum yang saya ada buat poll untuk aris paling popular 2009. dan setelah undian dibuat dan setelah undian ditutup pemenangnya adalah??? tapi mari kita lihat sape yang tercalon dahulu:) calon-calonnya:-

~nabil ~mawi ~ct nurhaliza ~akim ~stacy ~hafiz ~tomok ~faizal tahir

dan pemenangnya ialah.........

TAHNIAH STACY!



p/s: thanks pada yang sudi vote:)

Saturday, December 5, 2009

jom juget:)

rasa nak joget bila tgk stacy nyanyi lagu ni...mari joget bersama2:)



p/s: kalau aku yang nyanyi sambey joget macam nila gamaknya mau pengsan:$

Friday, December 4, 2009

biar betul stacy takda????




pagi2 aku da pegi beli paper berita harian sebab nak undi stacy bagi anugerah artis wanita popular bagi ABP2009.... sekali tengok....biar betul???????takkan takda nama stacy tapi nama mila, zehra zamri ada plak. yang paling tak tahan, liyana jasmay and nabila huda pun ada????kalau anda pelik aku 10 kali ganda lagi pelik. pelik bin ajaib wei...korang penah dengar nama prima yin tak? bagaimana pulak dengan nama saira? lynn? han? azura lisa? anna rafali??? terus terang aku tak penah pun kenal nama2 penyanyi wanita tu! ke mereka lebih dikenali daripada stacy????tolong bagitau diri ini!!!!!!! ke astro tak hantar nama stacy untuk sertai ABP???tapi ada plak nama mila, akim and aril?????uh sungguh konpius wei!!! adakah ni konspirasi nak bagi ct menang lagi???? ini tak adil! bersaingla cara sihat! aku nak undi sapa ni wei??? takkan nak undi ct?(uh taknak aku) nak undi mila?(lagila taknak)....cara terbaik adalah AKU NAK BOIKOT ANUGERAH TU DAN BERITA HARIAN SEKALI! sungguh aku pelik kenapa takda nama stacy???? bagi aku 1000 sebab nape takda nama stacy wei Berita Harian!

p/s:diriku amat marah pai amik suratkhabar berita harian tuk bersihkan najis kucing:$

JAWAPAN BAGI PERSOALAN:
SEBENARNYA ADA KESILAPAN SEBAB NAMA STACY TERCICIR JADI PIHAK BERITA HARIAN DAH PUN BAGI PENJELASAN DAN MINTA MAAF. TERIMA KASIH MR KOSE(PRESIDEN STACYFRENZ) ATAS PENJELASAN ANDA:) AKU PUN NAK MINTA MAAF KAT BERITA HARIAN COZ TAK SENGAJA MARAH2 PADA BERITA HARIAN. TAPI LAIN KALI JANGANLA ADA KESILAPAN MACAM NI LAGI K. BUAT AKU TERKEJUT JE:p

Wednesday, December 2, 2009

dulu ct nurhaliza sekarang stacy





dah lama sebenarnya aku nak cakap pasal benda ni tapi asyik takda masa je(statement macam setiausaha PM).....tapi kali ni aku nak citerla sikit.... dulu, dulu ye...hu3 aku mmg peminat setia dato ct. cakap je apa lagu ct nurhaliza??? sume aku tau. cd lagu ct lagila jangan cerita sume ori beb. sekarang ni bukanla kata aku benci ct cuma tak sesetia dulu...hu3. bagi aku lagu2 ct dulu memang best sebab lagu ct sumer mmg dia nyanyi utk hiburkan peminat tapi sekarang??? lagu ct kebanyakannya ditujukan khas buat sang suami~dato k~...uh memang tak berbaloi utk mendengarnya...aku peminat ct dari dulu wei...tapi asyik dengar lagu ct sejak dia kawin sume ditujukan tuk dato k....mana tak berbulu tinge dengar. common la ct, sume orang ada husband, jadi janganla asyik nak buat lagu dugaan anda dan suami je. tapi suara ct tak bolehla dipertikaikan mmg hebat wei....nyanyila lagu pe2 gerenti sedap. cuma ct yang dulu agak berbeza dengan ct yang sekarang. bagi peminat setia ct dulu musti anda paham apa yang aku rasa sekarang ni:( kecewa wei dengan hasil lagu yang ct berikan sekarang...lagi2 lagu ku percaya cinta...tak paham aku muzik apa ntah..jap ada irama arab, jazz dan entah apa2??? tapi sebenarnya aku lagi kecewa dengan pendirian ct. dulu berjanji bagai nak rak dengan peminat akan memakai tudung pas pulang mengerjakan haji. sekarang mmg masih memakai tudung tapi tak tau fesyen apa:$ ct oh ct, kalau tak bersedia buat apa berjanji. aku ni takdala baik sangat cume, aku taknakla ct mencemarkan orang yang ikhlas pakai tudung tapi dengan gaye ct pakai tudung macam tu menjatuhkan maruah orang yang bertudung(amik ko statement tak syg mulut namanya). aku lagi suka ko bukak je tudung ct kalau ko tak bersedia lagi jadi takdala orang mengumpat ko. betul bukak lagi bagus dari pakai tudung ala2 topi.

sekarang aku mmg minat dengan stacy...sebab apa? dia tak macam ct. maksud aku, aku da tengok penyanyi2 baru yang asik terikut stail dan nyanyian ct contohnya syura, ct nordiana dan ramai lagila tapi stacy ni tak. dia ada stail dia sendiri. yang bestnya dia very natural. tak sesopan ct tapi dia very lepas punya orang. maksud aku stacy ni jadi diri dia sendiri. dia ada stail nyanyian tersendiri and menari adalah trademark terbaik dia. kagum wei bila tengok dia nyanyi sambil menari:) bertenaga seperti minum 1 gelen 100plus...hua2. lagi satu personaliti dia yang tak kontrol ayu and slumber begitu baik punye:) dia bukan bleh setakat nyanyi sambey menari je tapi coba dengar dia nyanyi lagu rela....peh mmg berbaloi utk dengar wei. terbaikkkkkkkkk:) lagu2 dia pun moden and sedap didengar buat masa sekarang ni. lagu pakai buang kalau dengar rasa nak joget2 je:) lagi satu stacy ni ada aura, kalau dia nyanyi kat pentas tu rasa best je nak tengok.... tapi aku mmg suka stail stacy yang tak kontrol cun dan bila bercakap dia mmg kelakar tapi bila menyanyi dia very stylo:)

pada peminat ct or stacy janganlah kata aku nak membandingkan ct atau stacy. aku takde niat pun nak membandingkan mereka berdua sebab ct mahupun stacy ada kelebihan masing2. cume aku nak menceritakan tentang minat aku, dulu ct skrang stacy:) ct suara memang tetap terbaik tapi zaman berubah sebab budak2 sekarang lagi suka stacy yang bwk satu pembaharuan dalam industri kita. aku harap pada tahun 2010 kerjaya stacy terus berkembang dan berjaya.

p/s: jangan gado2 k pasal ct or stacy. bagi aku zaman sekarang stacyla....:)