Monday, January 11, 2010

nota untuk STACY

Stacy, malam AJL saya rasa anda dah buat yang terbaik...persembahan amat bertenaga. Jarang penyanyi malaysia dapat menyanyi sambil menari seperti anda. Saya yang selalu karaoke lagu-lagu anda pun walaupun tak menari, hanya menyanyi sudah semput. Saya pun hairan bagaimana anda dapat tenaga seperti itu. Persembahan anda di malam AJL amat memukau. Saya nampak kesungguhan yang diberikan. Bukan mudah nak menari sebegitu rupa serta kekalkan stamina supaya suara selaras keluar dengan tarian yang bertenaga. Tapi, anda dapat lakukannya...syabas!

Pada AJL 24 malam tadi bila nama anda tidak diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik...Saya amat terkejut dan kecewa. Apa yang juri mahukan pun saya tak faham...takkan nak bawak naga atas pentas plak baru anda menang????? Bila difikirkan jika saya yang melihat persembahan anda sudah amat kecewa bila anda tak dapat memenangi kategori persembahan terbaik, apatah lagi anda yang telah berusaha keras untuk memberi persembahan yang terbaik 2 tahun berturut2....Effort tarian anda pada malam tu amat bagus. Tak pernah penyanyi malaysia yang dapat menari sebegitu. Yang suara sedap dan vokal yang mantap berlambak...kalau nyanyi kontrol ayu lagila berlambak. Tapi anda nyanyi dari hati dan tak pikir aku cantik ke tak itu amat bagus:) Saya da muak dengan penyanyi yang kontrol ayu di atas pentas padahal indah khabar dari rupa....

Saya pun tak paham apa kekurangan dalam persembahan anda. Bagi saya persembahan anda begitu membuat diri ini terpaku di depan kaca tv. Persembahan yang formal yang biasa kita lihat dengan membawa kanak2 atas pentas lalu bermain gitar sambil lari dan menyanyi bersama kanak2 boleh memukau juri.... Yela saya bukan profesional kalau nak dibandingkan dengan juri2 yang berjiwa seni halus kan....Tapi agaknya juri2 nak anda menyanyi sambil bwk props la....gitar ke, piano ke pastu menari, pastu naik gajah dan pegang tangan kanak2 dan berlari menuju ke juri dan menyanyi lagu jangan...jangan permainkan cintaku.......ho3...agaknya boleh membuat juri kasi trofi terus:) Tapi saya percaya pada rezeki, cuma saya sedikit terkilan dengan kekalahan anda di atas persembahan yang dasyat tu. Walaupun begitu, jika kalah tak semestinya gagal dan menang tak semestinya hebat kan? Jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk membuat persembahan yang lagi baik punya di masa hadapan. Harapan saya tahun 2010 ini adalah satu permulaan untuk anda terus maju kehadapan.

Untuk album baru anda pun saya berharap lebih banyak single balada dihasilkan. Sebab saya yakin bakat anda bukan setakat pada tarian yang bertenaga tapi juga vokal anda amat bagus. Anda sudah buktikan yang anda mempunyai vokal tersendiri semasa di akademi fantasia 6. Masih saya ingat lagi bagaimana anda menyanyi lagu 'rela' pada konsert kedua AF6...begitu 'superb dan wow'. Album pertama anda mempunyai lagu balada berjudul 'cinta yang kuduga' dan anda bawakkan dengan begitu sedap. Cuma mungkin lagu fast anda lebih menonjol dan banyak seperti 'gagap', 'pakai buang' dan 'aku stacy' menyebabkan lagu balada anda seperti dipinggirkan. Harapan saya, album kedua anda dapat seimbangkan antara lagu slow dan fast. Maybe kalau ada 10 lagu, 6 lagu fast dan 4 lagu slow. Itu dapat buktikan anda bukan sahaja boleh menyanyi lagu fast dengan baik tapi lagu slow juga. Saya yakin dengan kebolehan anda.

Akhir kata, saya ingin berterima kasih kerana telah menghiburkan saya dengan persembahan anda di AJL 24. Walaupun agak sukar menerima kekalahan anda, tapi saya sentiasa berfikiran positif bahawasanya kekalahan itulah membawa kejayaan dan 'Hero biasanya kalah dulu sebelum menebus kemenangan dengan penuh bergaya'...hu3. Apa yang anda boleh buat, teruskan melangkah kehadapan dan berusaha 200% lagi untuk memberi yang terbaik. Orang boleh cakap apa-apa tapi yang mengharungi segala cabaran adalah diri kita jadi percaya pada diri kita ok. Pandang terus kehadapan sambil sesekali toleh kebelakang untuk kutip pengalaman yang sudah diperolehi sebalum ini. I hope you will do the best at 2010.

p/s: Hati ni masih bengang dengan penjurian AJL tapi percaya yang tak semua orang suka apa yang Stacy persembahkan dan bukan juri pun yang beli album. Peminat juga....terkesima dengan juri2 yang handal dalam AJL:)

10 comments:

maturedBOY said...

persembahan terbaik bukan hanya pada tarian..tetapi juga kepada suara,kawalan pentas,vokal dan lain2

Unknown said...

amboi...matured nya statement...kakak

Unknown said...

semalam memang aku tgk Live..masa dalam tu memang tak sangka langsung sapa yang akan menang..sebab sumernya hebat2 belaka..semua nya ada identity dan membawa muzik sendiri..kecuali lah pembuka acara tu...sumer dia nak kaut..kakakak
bila tgk juri..dan2 aku dah agak sapa akan menang..sebab ada 2 orang juri tu memang jelas ada conflict of interest terhadap peserta2 tertentu...kakakak
lepas Stacy perform...kawan tel..
dia cakap..wow sakan stacy...aku heran gak nape tiba2..sebab dia memang tak amik pusing pun hal2 ni..tetiba dia tel tu..aku senyum sajalah...
Aku tak lah kisah sapa menang..tapi ralat bila ada 2 juri tu..yg bagi aku..sangatlah menghampakan..mula2 aku pk negatif..

Yang penting bila aku tgk balik kat utube..memang cnfirm...performance Stacy really international standard....Bg aku itu dah cukup...the energy...the arrangement...macam real concert...
Bagi aku itu dah cukup...

mimie said...

ye matured psembahan terbaik bukan based pada tarian...tapi itulah kelainan....stacy menari bagai nak rak tapi suara tetap keluar jadi itupun da cukup dasyat...apa pembaharuan aizat yang menag psembahan terbaik????bawak kanak2? bermain gitar? terpulangla....

pada raja, takpela da takda rezeki kan. cuma sedikit terkilan cara penjurian bagi persembahan terbaik...

Unknown said...

tv3 tgh tutup sumer video...kakakakak....takut ker orang komen...takut ker orang tgk balik...

Unknown said...

just nak tmbh lg..jgn hanya lgu slow semata2..klu bleh nak stacy msukkan lgu alternative ballad dlm album cam lgu bercinta n cinta adam dan hawa tu..bru fresh n best..ho3!

cc said...

aizat dpilih sbg psembahan tbaik mungkin dr segi cara dia mengajak crowd sm2 'masuk' dlm lgu tu. lagu kau dan aku tu sndr energyny besar.

mcm stacy psembahan diiringi tarian dh tlalu biasa, setiap kali pformance dia akan buat cmtu...its predictable. tak semestinya menari dgn penuh tenaga blh mng psembhn tbaik, markah bkn dr segi energy sj.

noraniza idris slalu penuhkn pentas dgn penari pun tak mng kn? tak perlu kecewa stacy kalah sbb ajl semlm psaingan mmg sgt sengit!

Unknown said...

lepas ni stacy bawa harimau ker singa....pastu barulah sumer orang menjerit skali...kakakakak...

mimie said...

tarian stacy biasa ke net?...baiklah taun depan stacy takyah menari. bawak kuali sambil menari pastu hidangkan kat kanak2 and ada kipas pasang kuat2 lalu stacy dan kanak2 amik payung lari sekeliling dewan dan ajak azwan ali menari same...nan ado.....ho3....mesti amat pembaharuannya ni...kui2

..TeRaTaK aUra.. said...

nk ckap kat tuan punya blog ni..
actually suma lagu stacy cam aku stacy,gagap.pakai buang.cerah.cinta ku duga.sbenarnya lagu ni akn keluar stahun skali.cerah untuk taun ni dan taun depan pulak cinta ku duga..
tp x tau betul ke tak