Tuesday, January 12, 2010

Betul ke lelaki retro romantik?

nan ado punya tajuk dik nun...ho3...tadi petang2 dengar era adi ada cakapla yang setelah membuat kajian, lelaki yang berusia amat romantik...tapi benarkah? tapi setelah melihat hadiah Dato ct untuk besday dia yang ke-31...memang konpemla lelaki tua ni romantik....ho3. mana taknya, dapat nah kau beg tangan LV edisi terhad RM 400000 lebey, tak romantik namanya tuh???? sebab tula artis2 ramai yang suka lelaki berusia nih..termasukla zizie:)

kalau tanya aku betul ke lelaki berusia ni romantik???? baiklah, citer ni aku dah disimpan lama....aku terus terangla...dulu, ada seorang lelaki berusia dan sudah mempunyai keluarga cuba pikat aku...aku tak cakap aku lawa sangat sampai dia nak pikat aku, comel adala(nak jugek...soalnya comel ke????hu3)...bahkan aku pelik bin ajaib dia nak kat aku...aku siap cakap lagi, "pakcik ni tak betul ke?"..ho3.. tapi mula2 aku ingat main2...yela, kan ramai manusia tak betul sekarang ni:)...sekali serius wei si lelaki retro ni nak pikat aku....ho3...aku plak jadi tak betul...ceh:$. mula2 bagi bunga, pastu coklat, pastu mac d, pastu jam, pastu baju...topap jangan ceritala sentiasa topapkan dengan harapan akan selalu sms atau call dia...jangan harapla...kadang2 aku derma untuk bersamamu tv3 yang guna sms tu dan selebihnya call mak aku...ho3. barang2 yang diterima aku bagi kat kawan2...hu3 amat kejam. habis aku tak nak terima dipaksa2 suruh amik sambil cakap kalau tak amik dia peluk...dari peluk sumpah baik amik barang tu:$ bagi bunga..aku dah lumrah alam memang tak suke bunga:$....

kalau bab tipon2 ni memang setiap minit call pai aku rasa nak campak je HP aku kat dinding:$....cara terbaik aku off tipon bermula dari jam 6 petang pai 6 pagi....ho3....masa ni rasa amat rimas wei...rasa macam ada gula getah melekat kat badan....isk3... bila aku demam siap beli 10 jenis ubat demam...alasannya boleh pilih mana yang terbaik....aku rasa nak bagi si lelaki retro ni makan je sume ubat2 tu, senang keje aku:) memang romantik kan lelaki retro ni????yela, da banyak pengalaman, dah ada kewangan yang kukuh(konon2 mampula tu)......tapi keikhlasannya dari segi apa? kebendaan?....memangla lelaki muda ni tak romantik.....kalau suka pun setakat ajak makan pastu tgk wayang, sebab tu jela yang diaorang mampu. nak berkata-kata ayat2 romantik ni janganla harap...tak inginnya diaorang. tapi sebenarnya diaorang sayang cuma malu nak cakap. biasala perempuan mestila nak kan perhatian dan tak pernah puas apa yang ada. aku paham sebab aku pun pompuan. tapi tula terpulang pada diri masing2.... kalau kita tau lelaki tu dah ada anak bini, tak payahla menganggu....sume orang akan cakap dah jodoh...tapi jodoh tu kan atas usaha kita juga kan???? kalau kita berusaha mengelak, insyallah takkan terjadi...kalau lelaki tu dah cerai ke, tua tapi tak kawin2 lagi ke lantak kaula nak kawin ada orang kesah????? kalau aku tak elak dan serah pada jodoh dan takdir korang rasa dah lama tak aku kawin dengan lelaki retro yang mempunyai 4 anak itu???of coursela kan..entah2 aku pun da dimadukan sekarang ni...nan adoooo:p

eh da tersasar dari tajuk ni...muhahahahahaha....bagi aku lelaki retro ni memang romantik, tapi pilihla lelaki yang takda ikatan dalam makna lain lelaki tu duda/bujang terlajak dan belum berkahwin....kalau kita seorang wanita, jadi cubala paham akan perasaan wanita. memang jodoh ajal maut di tangan tuhan...tapi selagi boleh dielakkan merampas hak orang punya elakkanla sebelum terjerat percintaan:) seperti yang aku tekankan, pokok pangkalnya hati kita:) jadi lelaki retro yang sudah berkahwin tu janganla merasa riak dilabelkan romantik:$

p/s: harap dapat bersabar bagi yang telah menyertai kuiz kat blog ni..pemenangnya akan diumumkan...bawak bertenang k...sabar separuh dari iman...jangan risau akan diumunkan lepas dapat tapisan juri AJL...ho3 motip???....gurau je, nanti saya akan umukan...nantikan k pada yang telah jawab kuiz tu jela:)

3 comments:

cc said...

wahh bilakah kejadian dingorat oleh lelaki berusia neh? ms praktikal kt penang ke kt YPJ??? kurlassssss nyah~

cpt sket umumkan pemenang, tak sabar nak tau (wpun tau tak mungkin menang bahahah)

Anipah Ahmad said...

sy sengaja bagi chance pd yg lain. kalau sy jawab soalan yg berkaitan awak tu confirm, sy menang. hehe.

mimie said...

adala net, rahsia:)....

c.ani, wah nak bagi peluangla ni ek?ho3...