Friday, January 22, 2010

dugaan:)


dalam hidup ini tak semuanya indah, pasti ada dugaan..... aku dari semalam dah puas kena dugaan yang banyak tapi tulah kehidupan...... semalam beg dompet aku kena curi disebabkan kecuaian aku sendiri...ye memang salah aku tak kunci kete buat pe kan.

ari ni pagi2 aku da bangun pergi pejabat pendaftaran tuk buat IC... sampai je sana, aku cakapla yang IC aku hilang...ada makcik kepoh ni tanya aku secara kuat...

makcik kepoh:~macam mana boleh hilang???sape curi? dekat mana?....

(aku yang dalam keadaan tak cukup tido dan tencen hanya menjawab,)

aku:~ semuanya ada dalam keterangan report polis saya makcik....

(pastu makcik kepoh ni boleh tanya lagi)

makcik kepoh:~ saya tau dalam report ni ada, tapi saya nak tau dari mulut awak sendiri...kat mana hilangnya...kat taman berjayakan?

aku :~ye makcik sume dah ada kat report polis tu...

makcik kepoh:~saya duduk situ awak tau? kat situ memang banyak budak india...memang bahaya...awak tak boleh tak kunci kete tau

aku:~ye makcik saya memang cuai dan itu memang kesalahan saya

makcik kepoh:~awak macam mana boleh biarkan???awak tak cam ke pencuri tu? awak perasan tak bila masa pencuri tu curi dompet awak? awak tau tak nombor umah kawan awak? dia pakai kete apa?

aku tergamam...sebab masa aku report polis pun tak macam ni keadaannya....:$

aku:~ntahla makcik saya dah redha je

makcik kepoh:~saya geram betul dengan budak2 india kat taman tu!

aku hanya mendiamkan diri sebab malas nak cakap sambil mengangguk sahaja...lepas siap sume dan bayar RM210 aku pun ucap terima kasih lalu blah...masa aku nak blah ada orang india kat situ melihat aku lain macam....bukan aku yang tuduh tapi makcik kepoh tu cakap kuat2 macam nak bagitau semua insan di dunia:$

lepas tu aku menuju ke JPJ...dan membuat lesen. perjalananku agak lancar disitu coz orang JPJ tak menyibuk:$ dalam masa 10 minit urusan pasal lesen selesai:) dan aku didenda RM20....selepas itu aku menuju ke CIMB BATU PAHAT tuk buat kad baru. sampai je CIMB aku pergi ke kaunter 9...tapi aku terkejut sebab dia cakap aku tak boleh buat kad baru kat situ..alasannya aku kena buat kad baru di cawangan yang mula2 aku buka akaun iaitu di JB. aku terkesima.......lalu aku dan bapakku pun menuju ke Johor Bahru:$ sampai di sana aku pun beritahu benda yang sama iaitu kad aku hilang/dicuri.....dan nak tau apa yang akak manis tu bagitau?

akak manis: ni dari mana ni dik?

aku: dari batu pahat kak

akak manis:(terkejut) isk nape tak buat kat batu pahat?

aku: (terkesima) orang batu pahat kata tak boleh buat kat sana

akak manis: hai, sian adik....patutnya boleh je dik. sebab kita ni bantu customer bukan susahkan customer. sian adik datang jauh2 kerana kakitangan CIMB batu pahat yang tak efisyen.

aku: (masa ni rasa nak bom je CIMB batu pahat...sabar2) takpela kak dah nasib:$

akak manis: ok, akak isikan borang adik dulu ye, tunggu kejap:)

aku: ok(senyum...baik akak ni)

masa akak manis ni tengah isi borang, tetibe ada uncle berketurunan india ni datang pada akak manis tu dan mengadu yang kad dia hilang. akak manis tu pun menyuruh tunggu sebentar. lalu uncle ni tanyala ada kena caj ke kalau kad hilang? akak manis tu cakap ada dalam RM12...lalu uncle yang takda budi bahasa ni mengeluarkan ayat sebegini:

uncle podachi: hei! kad hilang pun kena caj ke???awak ingat sume rakyat banyak duit ke? nilah kerajaan, asyik nak makan duit rakyat je! takkan kad hilang pun nak kena caj! bank apa ni? bank nak untung je! tak pernah fikirkan kesusahan rakyat!

akak manis: maaf encik, tapi ni adalah salah satu prosedur kami....kami minta maaf di atas kesulitan yang encik alami(masih tersenyum)

uncle podachi: ah! tak guna punya bank! awak pun tak gunala! #$#%$#@%#$^$#@^@$%^#$@^$%#%$TY%$#%^#(terlalu kesat tuk ditulis)

aku yang tengah tencen+penat+memang pantang tengok orang kurang ajar lalu berkata:

aku: uncle! RM12 pun nak kecoh ke? saya hari ini kena bayar IC hilang RM210, lesen hilang RM20 dan kad atm CIMB saya hilang pun kena bayar juga RM12...tapi takda kecoh2 macam uncle. saya bayar sebab saya yang salah sebab cuai. kalau saya dapat free musti saya hilang lagi sebab saya takkan serik dan belajar dari kesilapan...kalau free ha, sume orang kat malaysia ni musti akan hiangkan IC, lesen dan kad ATM....sebab diorang takda kesedaran! saya datang jauh2 dari batu pahat pun tak sekecoh macam uncle! taula customer always right...tapi belajarla berbudi bahasa sikit! kalau uncle manusia, diaorang pun manusia jugak!ada hati ada perasaan sama macam uncle!kalau nak marah pun gunala ayat elok2 sikit jangan jadi macam orang yang takda pelajaran! respect with each others!

ha kau puas hati aku...:$ aku tengok sume orang kat CIMB tu berdiri tegak. bagai nak bagi standing ovation pada aku:p..cume tak tepuk tangan je:)..pastu uncle podachi tu pun blah sebab kemaluan:)...akak manis tu ucap terima kasih sebab menghargai kakitangan yang biasa macam dia. aku pun cakapla yang budi bahasa budaya kita:) terus dapat layanan VVIP tau...tak sampai 5 minit sume da beres dik non:)

dan dalam perjalanan pulang aku tido dalam kereta coz bapakku yang memandu...tido sampai mulut ternganga2 sebab penat:$ tetibe HP berbunyi...'kena bah kau berubah kenapa bah'....aku pun menjawab...korang tau sape yang call???? meh aku bagitau, polis yang call:$ dia cakap ada orang jumpa beg dompetku di kampung temehel......IC dan sume dokumen ada cume duit je takda....aku da seperti insan yang takda persaaan lalu berkumandangla lagu ni:~

apo kono eh jang

( P: )
Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo...
Siaplah jang oi...
Kobau tu tak boghi makan lai

( L: )
Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih

( P: )
Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko

( P: )
Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

( P: )
Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam

( P: )
Ha... tu lah, dulu lai den koba kan
Kojo jang... kojo.
Ni.. ke kobun maleh
Ke sawah liat pulak tu

( L: )
Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo...

( P: )
Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...

( L: )
Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh

( P: )
Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu

( P: )
Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

( L: )
Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

( P: )
Kau nak apo an milah tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti

( L: )
Seh tak kiro
Seh nak an jugo milah tu mak
Apo nak jadi, jadilah

( P: )
Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi...

( L: )
Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den...
Kato ongah den...
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai... Aih

( P: )
Apo kono eh jang...

p/s: inilah kehidupan...sentiasa penuh dugaan...tapi aku percaya yang ada hikmah disebaliknya dan bersabar itu separuh dari iman:). hikmahnya aku dapat kad bank baru dan IC baru:) hoyeh3...(patutkah bergumbira:$) tapi pada kakitangan CIMB BATU PAHAT, terutamanya ahkak receptionist(lelaki sebenarnya) dan encik kaunter 9, kerja anda betul membuat pelanggan seperti saya amat kecewa....anda menyebabkan saya dan bapakku penat untuk pergi ke johor. tapi saya rasa amat berbaloi pergi CIMB cawangan TAMPOI, JOHOR sebab layanan yang diberi amat berbaloi2...tapi CIMB BATU PAHAT walau dekat2 tapi amat mengecewakan dan tak berbaloi pun pergi:$ pada ahkak receptionist, apa salahnya senyum pada customer...orang lain pun kerja penat ahkak tapi takkan senyum sikit pun tak boleh???? pada encik counter 9 kalau anda malas nak buat kad saya cakapla terus terang tak payahla berdolak dalih...kalau sesiapa ada pengalaman kat CIMB BATU PAHAT silela bagitau saya sebab saya nak hantar surat aduan pada manager CIMB BATU PAHAT:$

7 comments:

Fajrina said...

syukur la akak dah jumpa ic N brg2 penting akakkkkkkkk.....
mgkn pencuri tu baca blog akak kot N terbaca apa yg kak tulissss....
sebab tu la dia tinggalkan beg dompet kak di tmpt yg senang di jumpa........hahahahhahahah
lain kali hati2 ya kak:-)

Unknown said...

hakak mimie mmg ado ciri2 seorg guru btol! den respek!!

t'igt nubhan tetibe..
xde ke entry psl nubhan..
seigt den nubh menang poll artis lelaki plg cool kan? hohoh..

cc said...

wahh kurclass ko nyah dpt layanan VVIP, confirm mak pose2 vannga kalau mak ado skals waktu itew.

nyah, senior officer bhgian customer svs CIMB BP adalah pakcik sya, i kenal!!! mahu buat aduan kat dia tak? hiksssss!!!

Unknown said...

nnt letak lagu dugaannya plak hujan nyanyi...huhuhu....

yanie said...

wahhh..
banga2 law de kt c2 gak..:)

mimie said...

fajryna-thanks...tau ke penyangak tu men internet???hu3

asya-oh pasal nubhan menang ek...nanti aka umumkan and letak pic paling kacak nubhan:)

cikchealsea- mak pun tak sangka dapat layanan curlass nok:$ pakcik nok keje cimb bp???silala bagitau betapa nan hadonya pekerja cimb batu pahat:$ mak rasa nak lempang2 je nyah:@

pique-silela nyanyi lagu dugaan untuku:p

yanie-sile bagi standing ovatian kat i....hohohoho

Anipah Ahmad said...

saya!!saya!!!sy yg pernah melalui pengalaman pahit di cimb batu pahat. sy memang geram dgn menyampah dgn petugas kaunter depan tu yg nak kata lelaki tak keras pulak mcm lelaki...nak kata perempuan tak pulak reti berbudi bahasa n sopan santun. ntah apa kategori jantina dia tuuuuh!

so skrg kalau sebut nak buat urusan kak cimb batu pahat yg sebaris dgn tmpoint, mmg reflect pertama akan kuar iyerlah..huhhhhhh...meluat!!!terus takde keinginan nak g bank tu.

kalau awak nak buat aduan kat cimb bt pahat tu, print la komen sy ni n forward pada dorang.

"cehhhhh....cimb batu pahat annoying...meluat...tak mesra pelanggan!!!!"