Tuesday, December 22, 2009

muak:$


aku muak....itu yang mampu diungkapkan. mana tak muak dengan perangai artis2 ni suka sangat menipu walau benda tu dah terangan2 betul. bila di tanya dengan soalan ini:

~betul ke anda bercinta?

jawapan yang akan diberikan adalah ini:

~no komen

~kami sekadar kawan

~kelakarla mana ada....

~itu cuma gosip semata...

~kami memang kawan rapat, tapi untuk bercinta tak mungkinla....

macam2 lagi jawapan yang akan diberi...tapi untuk mengaku becinta tidak sama sekali. itu aku tak kisahla lantakla ko nak rahsiakan ke apa, tapi bila sudah putus cinta baru nak mengaku. dahla mengaku pastu buka pekung di dada dan citer diala yang jahat, itula inila.....bosan aku tengok muka diorg je kat paper:$ nak beli paper pun rasa malas:$

kan senang diorang mengaku ye kami becinta, jadi orang taula ni tup2 da putus pastu bergaduh plak...uh memualkan. kalau nak kata taknak heboh2 takut tak jadi, amikla langkah sebegini dengan berkata:

"ye, kami memang sedang mengenali hati budi masing2, tapi jodoh sume datang dari tuhan, kalau ada jodoh, sampaila ke jinjang pelamin, kalau tak, tidaklah"......
( kan lebey manis jawab sebegitu? aku plak yang nak kena ajar??) jadi takdala semua orang terkejut, tetiba da putus, tetiba da kahwin padahal sebelum ni bagai nak rak menafikan. kalau menafikan makinla orang nak tau, makinla muka ko kuar surat kabor ari2. biasanya wartawan malaysia ni kalau bagi citer 90% betul....nak contoh? ok saye bg.

~dato ct nurhaliza pernah digosipkan dengan dato k...jawapan ct tentang gosip itu???

"saya tak pernah kenal pun dato k tu sape...." tapi tak lama kemudian buat sidang akhbar umum perkahwinan.....(masa ni aku sebagai peminat dia rasa tertipu sangat2, sekarang dah tak minat langsung tak kisah, lantakla nak buat apa ct....)

~marsha dan kefli digosipkan bercinta....

" kami hanya kawan"....tup tup bila da pisah..." ye kami mmg becinta, tapi da putus mungkin takda jodoh"....uh baru nak mengaku....aku pai terkejut, sebab pikir bila masa diorang becinta???

~akhil dan waheda digosipkan ada hubungan walhal si akhil hey ni masih jadi suami orang:8

waheda sanggup bersumpah wei kata" kami takda apa2 hubungan dan ini adalah fitnah"...lepas tu apa jadi???? kahwin terus cakap"perasaan kasih sayang tu tak dapat dibendung lagi".....geli aku:$

~zizie ezzeti dan bung mokhtar(artis ke?...tapi da kawin dengan artis jadila selebriti gak:p)...dikatakan sudah melangsungkan perkahwinan tapi tak mengaku...

yang kelakarnya si bung bung chak ni(habislah aku gelarkan ahli politik sedemikian rupe:$) berkata" saya tak cukup kacak buat dia"...ayat tak boleh blah:$ tapi selagi ko menafikan perkara yang benar selagi tula orang akan bertanya...lama2 mengaku juge dengan berkata"ye, kami dah kawin, tapi fahamilah keadaan saya yang nak jaga hati isteri pertama" tau pulak ko jaga hati? kalau ko mengaku dari awal takdala benda ni ari2 kuar paper dan isteri pertama ko takdala sakit ati, ari2 baca paper kuar citer ko kawin lagi satu....uh....

~remy ishak dan ummi nazera...dikatakan hangat bercinta...

tak mengaku wei cakap hanya kawan rapat...bila da terjadinya pergaduhan dan isu pukul memukul ni terus bagi statement, "ye kami mmg bercinta...dulu saya tak mengiyakan kerana menghormati permintaan ummi dan kuarganya" dan pelbagai statementla yang kuar pai sekarang....pening aku tengok gelagat dua orang ni:$

dan ramai lagila tapi malas aku nak taip...tapi tula contoh artis yang beria berkata TIDAK, tapi akhirnya mengaku juga. apa salahnya berkata jujur? dah nama ko artis, jadi ramaila yang tahu kan...kalau ko nak sangat privacy, senang je takyah jadi artis...takda sape nak tau ko nak becinta ngan sape ada orang kisah??? kalau berterus terang bila putus ke berkawin ke takdala orang rasa terkejut dan takdela rasa tertipu. muak aku dengan sikap taknak mengaku dan menipu ni...:$

p/s: jujurla pada diri sendiri:) pada peminat2 artis yang aku bagi contoh di atas tu janganla nak meroyan tak tentu pasal...ni cuma pandangan aku je...kalau korang tak puas hati ke hapa, komen gunala perkataan yang elok utk dibaca ye:p

No comments: