Tuesday, September 1, 2009

satu malaysia...

satu malaysia....itu yang dilaungkan pada sambutan merdeka pada tahun ni. baguslakan...tapi pernah tak kita terfikir, kita sebagai bangsa melayu berusaha utk bersatu padu dengan bangsa lain tapi bangsa kita sendiri di ambang kehancuran. ye mungkin ada yang marah dengan kenyataan saya ni tapi takpe biar saya buat anda berfikir sejenak akan kebenarannya. cuba anda pikir, pernahkah bangsa lain selain bangsa kita buang anak luar nikah dalam tandasla, tepi longkanglah dan pelbagai tempat lagila asal buang. mungkin ada bangsa lain buang tapi berapa peratus?berapa kerat?. tak cukup dengan tu, cuba kita buat anggaran baper ramai bangsa melayu kita yang ada dalam penjara, pusat serenti dan pelbagai lagi pusat tahanan dalam negara kita ni. memang ada bangsa lain, sape cakap takde. lagi sekali, berapa kerat ye bangsa lain? lagi satu yang menjadi kebanggaan budak2 mude sekarang, mat rempit. nak tanya sikitla, bangsa apa ek golongan mat rempit ni? cuba kita pikirkan bersama..mmmmm. sekarang heboh pasal kes kartika yang minum air s@#@# depan khalayak ramai bakal dihukum sebat. saya taknakla ulas pasal si kartika ni tapi lagi sekali saya tertanya. hanya kartika ke bangsa melayu yang beragama islam meneguk air s@##$ ni??? lagi sekali kita cari jawapan dan berpikir bersama. bila anda sudah dapat jawapannya jadi renungkan. sebelum kita nak bersatu padu dengan bangsa lain, baiki kelemahan bangsa kita dulu. sebenarnya banyak lagi masalah dalam bangsa kita ni tapi tak perlula saya nak utarakan semua. apa yang saya utarakan ni bukan nak mengaibkan bangsa saya sendiri tapi disebabkan sayang terhadap bangsa sayala saya nak buat anda berpijak ke dunia yang nyata. janganla ungkapan merdeka tu hanya utk dilaungkan kerana ramai yang melaungkan tapi merdekala dalam erti sebenar dan setimpal dengan makna merdeka tu.

No comments: