Thursday, May 28, 2009

wah terlebeh suda...

pinjam tagline stacy...apakah motifnya? jawapannya saje2...hu3. okla saya nak citer yang baru2 ni saya p tgk wayang ngan kwn baik saya(cik chelsea). saya p tgk 2 citer sekaligus...mmg meletop...mata pun bling2..tapi seronok..hu3. saya tgk citer nite at museum and syurga cinta. mula2 tgk citer nite at museum and gelak guling2 dulu ye...mmg amat kelakar...lagi2 watak firaun tu. aduhai perut menjadi keras sbb byk ketawa..fuh... pastu kitaorg melayan citer syurga cinta. yang ni lain plak jadinya, pertama sekali saya nak anda bg tepukan pada penulis skrip bagi citer syurga cinta ni...ayat n dialog yang digunakan dalam citer ni amatla puitis sekali. dan yang paling menarik sekali adalah tentang jodoh. jodoh ni ada 3 ye kwn2...

1. jodoh yang datangnya dari syaitan...iaitu sorang lelaki dan seorang perempuan, bercinta lalu berpegangan tangan seterusnya membuat maksiat dan mengandung lalu berkahwin.

2. jodoh yang datangnya dari jin....iaitu seorang lelaki jatuh cinta pada seorang wanita tetapi wanita itu tidak mencintainya. lalu lelaki itu pergi ke bomoh dan membuat sehingga wanita itu cinta kepadanya lalu berkahwin dgnnya.

3. jodoh yang datangnya dari allah...iaitu apabila seorang lelaki dan wanita berpandangan antara satu sama lain dan perasaan itu meresap di hatinya. lalu lelaki itu menghantar rombongan meminang dan mereka bernikah...itula dinamakan syurga cinta.

mmg puitis sungguh...membuatkan saya tersedar betapa betulnya kata2 itu. citer ni penuh dengan ayat2 yang membuatkan kita sedar, cinta tu besar maknanya tapi apa yang penting adalah cinta tu sesuatu yang suci yang diberikan oleh allah dan kita sebagai manusia janganla cemarkannya dengan melakukan apa yang telah dilarang oleh agama. insyallah, kalau jodoh saya dah sampai dan saya akan berkahwin walaupun dengan sesiapapun, saya harap jodoh saya datangnya daripada allah...amin. tapi memang berbaloi2 tgk dua citer ni... okla jumpa di lain hari....ke bintang!

No comments: