Tuesday, May 19, 2009

Istemewa Untukmu...

pagi yang gelap, kini sudah terang....mengimbau masa ku berusia 6 tahun. pagi2 mak aku dah kejutkan. "mie, bangun pergi sekolah..." dalam hati aku tertanya sendiri...mmmm, apa tu sekolah? mak aku cakap, sekolah ramai kawan and boleh belajar dengan cikgu. menarik bunyinya, tapi cikgu tu sape? aku datang dengan mak ke banggunan yang bernama tadika kemas...memang ramai kawan, bestnya!!! tapi ada seorang yang tak dikenali menghampiriku...."hai budak cina...muka cam cinala" lalu mencubit pipiku. mak perkenalkan aku pada insan yang aku tak kenali. "mie, ni la cikgu". aku salam tangan dia dan cakap, "selamat pagi cikgu". selepas tu, hampir 17 tahun aku ucap selamat pagi cikgu. dulu aku tau hanya main. bila cikgu cakap, mie jangan main...dalam hati aku, napela ada orang yang asyik membebel je. bilala nak habis belajar ni? tu je yang bermain di pikiranku. kebanyakan cikgu2 aku cakap, "umie, awak ni nakal betul". "umie awak ni banyak main je". umie itu dan umie ini....aduh bosannya... aku akui aku memang nakal tapi memang diriku begini...susah nak ubah....tapi ku lihat insan yang bernama guru ini tak jemu melayan karenahku yang nakal ni. aku kagum betul. sekarang bila berusia 24 tahun, baru ku tau erti pengorbanan seorang guru demi melihat anak muridnya berjaya.

"cikgu, apa yang budak nakal ni nak cakap, adalah ucapan terima kasih yang tak terhingga....walaupun anak muridmu yang nakal ni tak jadi insan yang boleh membuatmu berbannga, tapi hasil didikanmu menjadikan budak yang nakal ni menjadi insan yang berguna....jauh dari perkara yang tak di ingini...alhamdulillah... budak yang nakal ni tak ada apa2 nak diberi cuma ucapan terima kasih dan penghargaan yang tak terhingga kerana memberiku ilmu yang boleh ku gunakan dalam kehidupanku... pada insan yang bernama cikgu, pensyarah, ustaz, cikgu mengaji dan sesiapa yang pernah secara langsung mengajar budak yang bernama UMI KALSOM ni...ucapan terima kasih sebab jadikan dia manusia yang berilmu dan berpikir menggunakan ilmu yang telah anda semua berikan... jasa anda semua, budak nakal bernama umi kalsom ini akan ingat sampai bila2 dan jasamu tak akan terbalas walaupun diberi emas permata, jasamu tidak ternilai. budak nakal ni juga nak minta maaf kalau ada secara tak sengaja membuatmu terluka dan kecewa....saya minta maaf cikgu. janjiku budak nakal ni, dia akan gunakan ilmu yang anda berikan ke jalan yang betul dan diredai....insyallah... cikgu, SELAMAT HARI GURU.....istemewa dariku untukmu..."

selasa
9.22 pm
ikhlas dari budak nakal,
umie....

1 comment:

Anipah Ahmad said...

Terharunya... ucapan penghargaan ikhlas yg dibuat oleh 'budak nakal' lebih touching dari budak skema. Kerana 'budak nakal' biasanya mana nak buat ucapan2 penghargaan ni.
Wlpn bukan 'cikgu' kpd adam...ada rasa terharu gak, coz pernah jd cikgu kepada pelajar2 lain.
Tq adam....jgn lupa...sekarang awk dah jd loushek (cikgu) jugak. Selamat Hari Guru!!!