Wednesday, January 27, 2010

untung dapat kawan macam ni:)

huhuhuhuhu....aku cuma nak cakap bahawasanya untung dapat kawan yang pandai buat kek sebab dapat rasa kek sesedap ini:)....nak tengok? boleh...silela telan air liur:p



pandangan dari atas:)



pandangan dari sisi:)



pandangan jauh:)



pandangan dekat di mulut:)

apa yang boleh aku cakap kalau korang tengok rasa sedap, aku yang makan ni lagila rasa nikmat:) sedap tak terkata.....lepas makan terus boleh joget macam stacy tau...ho3. sesiapa yang berminat untuk buat tempahan silela pergi ke blog kawan aku yang pandai buat kek ini~


p/s: untung kan dapat kawan pandai buat kek?...muhahahahahahahahaha:p

mengapa perlu bercinta???


uiks entri:p....kawan aku ni yang tanya, kenapa perlu bercinta...aku pun tak dapat jawab kenapa ntah , maybe sebab aku takda pengalaman...ho3. tapi aku gigih demi sahabatku mencari makna cinta di google:) sama2la kita belajar dan pahami wahai sahabatku kenapa perlu bercinta???

~Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah cinta....

~Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

~Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

~Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

~Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.

~Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

~Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

credits http://syokkahwin.com/blog/2007/08/22/maksud-cerpen-kata-kata-romantis-cinta/

p/s~sama2la kita paham2kan wahai sahabatku kenapa kita perlu bercinta......aku pun tengah pahamkan ni:$

Sunday, January 24, 2010

sindrom M.K.R


aku hidapi penyakit sindrom M.K.R.........:( nak tau apa M.K.R??? setelah ahli saintis membuat kajian, sindrom M.K.R ni boleh disfilasikan(wah betul ke hapa aku eja ni????lantaklah situ) sebagai M for malas, K for keluar and R for rumah...kesimpulannya malas keluar rumah. aku hidapi semenjak kejadian dompetku hilang...maybe fobia kot(ye sangat).... dari semalam lagi aku malas sangat nak keluar rumah...entahlah.....dan hari ini bila kawan aku ajak p rumah dia untuk makan2 besar sempena besday mak dia...aku memang nak pegi tapi sindrom M.K.R melanda. aku tau dia masak memang sedap...air tangan dia memang luar biasa. dia masak telur pun sodap agaknya....aku paling hengat dia masak makanan kegemaran aku iaitu spegheti memang sedap tak hengattttttttt....ni ucapan buat kawan terbaikku.....

"nyah, mak nak sangat pegi umah ko nok...tapi apakan daya sindrom M.K.R melanda diri mak:( kan bagus rumahmu rumah ku jua:$ walau rumahmu dekat tapi tula mak pun tak tau apa yang melanda diri mak ni nok.... mak rasa, mak kena kenan yang berkata rumah itu syurga:$...mak rasa malas nak keluar rumah wlaupun mak banyak baju baru yang hendak diperagakan...voley gitu?...ho3. nok tolongla mak nok....ubatilah penyakit mak ni:$ maybe hari rabu ni nok kita boleh tengok wayang...jadi masalah melanda diri mak akan selesai.....:)...nok ada cadangan lain?"

p/s: adakah diri ini semakin tua? jadi keinginan utuk berfoye2 sudah tiada???oh tidakkkkkk:$

artis lelaki paling cool...

atas permintaan asha:) pemenang artis lelaki paling cool adalah........



hoyeh3...nubhan menang....dia memang cool dan very soft spoken:) aku da jumpa dia hokay...memang puteh melepak:)

tapi bagi aku, aku amat suke lelaki ini~



ashraf muslim.....hu3

tapi aku agak sentap bila lihat gambar ni kat forum cari yang bilang ini ashraf:$



fonen yang dikata ashraf:#

biar betul noks??????????mak kuciwala macam ni noks:$ harap2 bukanla ye noks......kalau betul ades takde pakaian len ke ko nak pakai ashraf????? benci mak!.....ho3

p/s: credits to forum cari.com and www.budiey.com

Friday, January 22, 2010

dugaan:)


dalam hidup ini tak semuanya indah, pasti ada dugaan..... aku dari semalam dah puas kena dugaan yang banyak tapi tulah kehidupan...... semalam beg dompet aku kena curi disebabkan kecuaian aku sendiri...ye memang salah aku tak kunci kete buat pe kan.

ari ni pagi2 aku da bangun pergi pejabat pendaftaran tuk buat IC... sampai je sana, aku cakapla yang IC aku hilang...ada makcik kepoh ni tanya aku secara kuat...

makcik kepoh:~macam mana boleh hilang???sape curi? dekat mana?....

(aku yang dalam keadaan tak cukup tido dan tencen hanya menjawab,)

aku:~ semuanya ada dalam keterangan report polis saya makcik....

(pastu makcik kepoh ni boleh tanya lagi)

makcik kepoh:~ saya tau dalam report ni ada, tapi saya nak tau dari mulut awak sendiri...kat mana hilangnya...kat taman berjayakan?

aku :~ye makcik sume dah ada kat report polis tu...

makcik kepoh:~saya duduk situ awak tau? kat situ memang banyak budak india...memang bahaya...awak tak boleh tak kunci kete tau

aku:~ye makcik saya memang cuai dan itu memang kesalahan saya

makcik kepoh:~awak macam mana boleh biarkan???awak tak cam ke pencuri tu? awak perasan tak bila masa pencuri tu curi dompet awak? awak tau tak nombor umah kawan awak? dia pakai kete apa?

aku tergamam...sebab masa aku report polis pun tak macam ni keadaannya....:$

aku:~ntahla makcik saya dah redha je

makcik kepoh:~saya geram betul dengan budak2 india kat taman tu!

aku hanya mendiamkan diri sebab malas nak cakap sambil mengangguk sahaja...lepas siap sume dan bayar RM210 aku pun ucap terima kasih lalu blah...masa aku nak blah ada orang india kat situ melihat aku lain macam....bukan aku yang tuduh tapi makcik kepoh tu cakap kuat2 macam nak bagitau semua insan di dunia:$

lepas tu aku menuju ke JPJ...dan membuat lesen. perjalananku agak lancar disitu coz orang JPJ tak menyibuk:$ dalam masa 10 minit urusan pasal lesen selesai:) dan aku didenda RM20....selepas itu aku menuju ke CIMB BATU PAHAT tuk buat kad baru. sampai je CIMB aku pergi ke kaunter 9...tapi aku terkejut sebab dia cakap aku tak boleh buat kad baru kat situ..alasannya aku kena buat kad baru di cawangan yang mula2 aku buka akaun iaitu di JB. aku terkesima.......lalu aku dan bapakku pun menuju ke Johor Bahru:$ sampai di sana aku pun beritahu benda yang sama iaitu kad aku hilang/dicuri.....dan nak tau apa yang akak manis tu bagitau?

akak manis: ni dari mana ni dik?

aku: dari batu pahat kak

akak manis:(terkejut) isk nape tak buat kat batu pahat?

aku: (terkesima) orang batu pahat kata tak boleh buat kat sana

akak manis: hai, sian adik....patutnya boleh je dik. sebab kita ni bantu customer bukan susahkan customer. sian adik datang jauh2 kerana kakitangan CIMB batu pahat yang tak efisyen.

aku: (masa ni rasa nak bom je CIMB batu pahat...sabar2) takpela kak dah nasib:$

akak manis: ok, akak isikan borang adik dulu ye, tunggu kejap:)

aku: ok(senyum...baik akak ni)

masa akak manis ni tengah isi borang, tetibe ada uncle berketurunan india ni datang pada akak manis tu dan mengadu yang kad dia hilang. akak manis tu pun menyuruh tunggu sebentar. lalu uncle ni tanyala ada kena caj ke kalau kad hilang? akak manis tu cakap ada dalam RM12...lalu uncle yang takda budi bahasa ni mengeluarkan ayat sebegini:

uncle podachi: hei! kad hilang pun kena caj ke???awak ingat sume rakyat banyak duit ke? nilah kerajaan, asyik nak makan duit rakyat je! takkan kad hilang pun nak kena caj! bank apa ni? bank nak untung je! tak pernah fikirkan kesusahan rakyat!

akak manis: maaf encik, tapi ni adalah salah satu prosedur kami....kami minta maaf di atas kesulitan yang encik alami(masih tersenyum)

uncle podachi: ah! tak guna punya bank! awak pun tak gunala! #$#%$#@%#$^$#@^@$%^#$@^$%#%$TY%$#%^#(terlalu kesat tuk ditulis)

aku yang tengah tencen+penat+memang pantang tengok orang kurang ajar lalu berkata:

aku: uncle! RM12 pun nak kecoh ke? saya hari ini kena bayar IC hilang RM210, lesen hilang RM20 dan kad atm CIMB saya hilang pun kena bayar juga RM12...tapi takda kecoh2 macam uncle. saya bayar sebab saya yang salah sebab cuai. kalau saya dapat free musti saya hilang lagi sebab saya takkan serik dan belajar dari kesilapan...kalau free ha, sume orang kat malaysia ni musti akan hiangkan IC, lesen dan kad ATM....sebab diorang takda kesedaran! saya datang jauh2 dari batu pahat pun tak sekecoh macam uncle! taula customer always right...tapi belajarla berbudi bahasa sikit! kalau uncle manusia, diaorang pun manusia jugak!ada hati ada perasaan sama macam uncle!kalau nak marah pun gunala ayat elok2 sikit jangan jadi macam orang yang takda pelajaran! respect with each others!

ha kau puas hati aku...:$ aku tengok sume orang kat CIMB tu berdiri tegak. bagai nak bagi standing ovation pada aku:p..cume tak tepuk tangan je:)..pastu uncle podachi tu pun blah sebab kemaluan:)...akak manis tu ucap terima kasih sebab menghargai kakitangan yang biasa macam dia. aku pun cakapla yang budi bahasa budaya kita:) terus dapat layanan VVIP tau...tak sampai 5 minit sume da beres dik non:)

dan dalam perjalanan pulang aku tido dalam kereta coz bapakku yang memandu...tido sampai mulut ternganga2 sebab penat:$ tetibe HP berbunyi...'kena bah kau berubah kenapa bah'....aku pun menjawab...korang tau sape yang call???? meh aku bagitau, polis yang call:$ dia cakap ada orang jumpa beg dompetku di kampung temehel......IC dan sume dokumen ada cume duit je takda....aku da seperti insan yang takda persaaan lalu berkumandangla lagu ni:~

apo kono eh jang

( P: )
Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo...
Siaplah jang oi...
Kobau tu tak boghi makan lai

( L: )
Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih

( P: )
Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko

( P: )
Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

( P: )
Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam

( P: )
Ha... tu lah, dulu lai den koba kan
Kojo jang... kojo.
Ni.. ke kobun maleh
Ke sawah liat pulak tu

( L: )
Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo...

( P: )
Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...

( L: )
Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh

( P: )
Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu

( P: )
Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

( L: )
Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

( P: )
Kau nak apo an milah tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti

( L: )
Seh tak kiro
Seh nak an jugo milah tu mak
Apo nak jadi, jadilah

( P: )
Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi...

( L: )
Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den...
Kato ongah den...
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai... Aih

( P: )
Apo kono eh jang...

p/s: inilah kehidupan...sentiasa penuh dugaan...tapi aku percaya yang ada hikmah disebaliknya dan bersabar itu separuh dari iman:). hikmahnya aku dapat kad bank baru dan IC baru:) hoyeh3...(patutkah bergumbira:$) tapi pada kakitangan CIMB BATU PAHAT, terutamanya ahkak receptionist(lelaki sebenarnya) dan encik kaunter 9, kerja anda betul membuat pelanggan seperti saya amat kecewa....anda menyebabkan saya dan bapakku penat untuk pergi ke johor. tapi saya rasa amat berbaloi pergi CIMB cawangan TAMPOI, JOHOR sebab layanan yang diberi amat berbaloi2...tapi CIMB BATU PAHAT walau dekat2 tapi amat mengecewakan dan tak berbaloi pun pergi:$ pada ahkak receptionist, apa salahnya senyum pada customer...orang lain pun kerja penat ahkak tapi takkan senyum sikit pun tak boleh???? pada encik counter 9 kalau anda malas nak buat kad saya cakapla terus terang tak payahla berdolak dalih...kalau sesiapa ada pengalaman kat CIMB BATU PAHAT silela bagitau saya sebab saya nak hantar surat aduan pada manager CIMB BATU PAHAT:$

Thursday, January 21, 2010

pulangkan!


pulangkan cinta hatiku.......sobs.....saya dirompak:$ bukan kekasih yang dirompak tetapi beg dompet:$... memang kecuaian saya pun:( sape suruh aku tak kunci kereta sedangkan dompet ada dalam kereta???? padan ngan muka aku:( tapi aku nak merayula pada maling, pencuri, perompak dan sewaktu dengannya....silala pulang ic dan lesen memandu ku....yang lain ko nak amik amikla...duit pun ko nak amik, amikla....aku halalkan sebab ini kecuaian aku tapi silela pulang balik ic dan lesen memandu:( aku report polis pun atas dasar kehilangan bukan kecurian...jadi aku da cukup baik hati kan???silela pulang ic dan lesen memandu...ni dah kali kedua aku ilang IC...gamaknya kena denda RM300....adeh:$ lecehnya esok aku kena pegi 4 tempat:( pertama pegi pejabat pendaftaran, kedua pergi bank CIMB and maybank...dan akhir pergi JPJ...amat leceh kan???? tadi masa kat balai polis aku dengan rendah hatinya beritahu...."saya yang cuai encik:("...polis tu boleh ucap tahniah coz aku mengaku tanpa disuruh....ceh.... kat rumah mak aku membebel cam peluru berpandu....uiiiii......sahdis tol... ni lagu khas tuk penyamun tu:~



PULANGKAN (misha & Ezad)

Seharum bunga yang menggoda
Sekadar di pandang usah di puja
Kau pasti tak percaya
Kasihku bukan untukmu sayang(jauh sekali nak sayang dengan perompak)

Tiadaku sangka kau sungguh kejam
Kau rampas segala yang engkau dendam(kau dendamkah dengan aku wahai perompak)
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila bunyi bersatu
Kau milikku( kau milik polis)

Pulangkan cinta hatiku (pulangkan beg dompetku:$)
Oh Hentikanla menghantuiku(ko manusia yang ibarat hantu)
Pulangkan
Oh pulangkanlah padaku
Ku pulangkan kisah hidupmu
Yang dikau musnah tanpa relaku
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih(aku plak kena minta maap...mutip???)

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hatiku ini(kau ragut duitku tuk denda buat IC dan segalanya)
Akanku jejakimu
Ke mana jua
Hingga akhir masa
Sayang(bulu sayang????:@)


p/s: tolongla pulangkan IC dan lesen memandu:(

Wednesday, January 20, 2010

top 5 ABPH

di sini aku sertakan senarai top 5 anugerah bintang popular mengikut kategori:~

1. Penyanyi Lelaki Popular

1. Adam
2. Akim
3. Aizat
4. Faizal Tahir
5. Mawi

2. Penyanyi Wanita Popular

1. Jaclyn Victor
2. Mila
3. Dato’ Siti Nurhaliza
4. Stacy
5. Yuna

3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular

1. Adam & Stacy
2. Bunkface
3. Hujan
4. Meet Uncle Hussain & Black
5. 6ixth Sense

4. Penyanyi Nasyid Popular

1. Hijjaz
2. In-Team
3. Rabbani
4. Raihan
5. Saujana

5. Pelakon FIlem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Afdlin Shauki
3. Farid Kamil
4. Que Haidar
5. Zul Huzaimy

6. Pelakon Filem Wanita Popular

1. Diana Danielle
2. Lisa Surihani
3. Liyana Jasmay
4. Maya Karin
5. Sharifah Amani

7. Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Fahrin Ahmad
3. Fizz Fairuz
4. Fizo Omar
5. Remy Ishak

8. Pelakon TV Wanita Popular

1. Fasha Sandha
2. Noorkhiriah
3. Rozita Che Wan
4. Scha Alyahya
5. Tiz Zaqyah

9. Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Nabil

10. Pengacara TV Wanita Popular

1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Nurul Shuhada
4. Raja Azura
5. Sarimah Ibrahim

11. Penyampai Radio Lelaki Popular

1. AG
2. Aznil Nawawi
3. Din Beramboi
4. Faizal Ismail
5. Kieran

12. Pengacara Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Fara Fauzana
3. Nana
4. Linda Onn
5. Sharifah Aleya

13. Artis Komedi Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Afdlin Shauki
3. Nabil
4. Saiful Apek
5. Zizan

14. Artis Komedi Wanita Popular

1. Aliza Abdullah
2. Didie Alias
3. Kenchana Dewi
4. Noorkhiriah
5. Nik Sayyidah

15. Artis Baru Lelaki Popular

1. Akim
2. Aril
3. Black
4. Gambit(tak kenal pun? sesapa tlg bagita kalau kenal:$)
5. Hafiz

16. Artis Baru Wanita Popular

1. Dira Abu Zahar
2. Isma
3. Putri Mardiana
4. Tiz Zaqyah
5. Yuna

credits to budiey.com:)

p/s: hah apa lagi undila kalau nak artis kegemaran menang...nanti dah kalah jangan bising2 plak:$ keputusan di tangan anda...aku pun da siap nak undi ni...undi adalah rahsia:)lalalala

love story;)

uiii...penatnya.....tak tahan:$ suka dengar lagu ni....bila dengar lagu ni terbayang je muka ashraf...ho3..... jom layan same2 lagu ni:)




~love story~

We were both young when I first saw you
I closed my eyes and the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights, see the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello
Little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said, "stay away from Juliet"
And I was crying on the staircase
Begging you, please don't go
And I said

Romeo, take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story
Baby, just say yes

So, I sneak out to the garden to see you
We keep quiet cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

Oh oh
Cause you were Romeo, I was the scarlet letter
And my daddy said, "stay away from Juliet"
But you were my everything to me
I was begging you, please don't go
And I said

Romeo, take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story
Baby, just say yes

Romeo, save me
They try to tell me how I feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story
Baby, just say yes

Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town
And I said

Romeo, save me
I've been feeling so alone
I keep waiting for you, but you never come
Is this in my head
I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring
And said

Marry me, Juliet, you'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad
Go pick out a white dress
It's a love story
Baby, just say yes

Oh oh oh
Oh oh oh oh

'Cause we were both young when I first saw you


p/s: terus semangat balik bila tengok muka mamat ni...baik tuk tambahan tenaga selain supplement:)

Tuesday, January 19, 2010

nota untuk ANON:)

aku ingat da bila aku da tutup setting tuk anon ni takdela hal lagi...tapi si anon yang tak tau malu ni bleh plak mengamuk kat blog stacyfrenz:) peh cakap pung pang2 ni tapi tetap kekalkan diri ANON:) tetiba nak cakap aku GILE, cetek pemikiran......tengok sape yang kutuk:) aku bagi teguran pada ct...tapi peminat2 dia cakap aku kutuk....terpulanglah...aku malas lagi nak cakap pasal benda ni. dahla tak minat stacy tapi pegi juge blog stacy:)...kan tak nan hado namanya tu. cakap blog aku buruk......(hanya mampu senyum)...buruk2 blog aku pun pernah juga menjengah ye...tima kasihla banyak2:)

p/s: korang nilaila sendiri sape yang cetek akal pemikiran dan gila...:) pada anon aku bukan taknak cakap artis yang ko puja tu CT tapi tu blog stacy jadi takda kene mengena ok.... tapi kat blog aku dengan beraninya aku mengumumkan artis yang ko puja tu adalah DATO CT NURHALIZA... nama pun blog aku kan? blog stacy tu adalah tempat fans stacy berkumpul bukan tempat nak mencari gado pasal artis yang ko puja tu:) aku tak pulak teringin nak pegi blog artis yang ko puja pastu mencari gaduh di situ.....tu namanya takde kerja cari kerja....lalalalala....sekian terima kasih:)

Monday, January 18, 2010

penyepit @ pengapit?

kenapala tajuk entry begini????? saje nak cakap aku stress.....serius amat stress.....:$ aku pandai guna penyepit, ye tak tipu...aku tau guna penyepit semenjak berjinak2 makan sushi(tetibe lapar teringat sushi...ades)...tapi aku bukan nak citer pasal penyepit.......buat pe nak citer pasal penyepit?????? aku nak citer pasal kawan aku yang berkobar2 suh aku jadi pengapit masa dia kawin nanti....:$ mula2 aku taknak tapi selepas baper kali asyik memujuk, aku yang stress pun jadi setuju....erk:$ aku pun tak sedar bila aku setuju....how?...tapi yang penting sekarang aku da setuju...arghhhhhhhh!...aku tak pernah jadi pengapit...sedangkan masa sepupu aku kawin pun aku tak jadi pengapit dan aku sudah berkira2 bila kawan terbaikku nanti melangsungkan perkahwinan pun aku nak jadi PA je...jaga barang dia je, takmo jadi pengapit:$.

sebab apa aku taknak jadi pengapit...sebab aku pemalu(sile jangan muntah ye). lagipun manala aku tau tugas2 pengapit tu....isk3. mmgla boleh belajar tapi....kawan2 aku pahamla aku ni cam mana...kang pengantin kepanasan sebab aku asyik kipas diri sendiri...kui3. lagipun tak pasal majlis kawin dia yang begitu indah orang tengok aku jadi pengapit terus kena gelak....ho3. percayalah...aku tau sangat. kadang2 aku tak buat pe2 pun tapi kawan2 aku kalau tengok muka aku je nak tegelak...how? aku pun tak tau apa tugas pengapit...ceh nak kena pakai baju cantik and make up segala..mmgla amat leceh:$ aku pun tak dapat bayangkan kalau diriku ini seorang pengapit....oh...my darling....:@.... macam mana ni? macam mana ni? da janji jadi tak baik tak tunaikan...sape yang dah ada pengalaman tulung tunjuk ajarku sifu ye:) tima kasih..... jasa anda amat dikenang...jika saya kawin nanti anda akan dijemput...ho3:p

p/s: sape2 yang tak bagi alamat tulungla bagi secepat mungkin ye sebab nak pos adiah saguhati ni sekaligus..senang....ades...minta kerjasama...tq:)