Thursday, April 30, 2009

Hadiah Paling Bermakna...

syukur alhamdulillah ari ni genapla ari jadiku yang ke-24 thn. nak tau apa hadiah yang ku dapat? okla mula2 saya nak citerla, masa saya kecik2 dulu adiah paling bermakna adalah barangan yang saya minta contohnya robot ultraman, colour n sebagainya asalkan benda tu kita suka. tapi setelah usiaku menginjak pada angka 24 thn ni....adiah yang cukup bermakna bagiku bukan sekadar barangan semata-mata. memangla sape yg tak happy kalau dapat adiah kereta ke, berlian ke...tipula kan kalau tak happy. tapi happy sahaja tak bermakna bahagia. nak tau apa adiah paling bermakna? adiah paling bermakna bagi saya adalah ingatan serta doa dari family dan kawan2 saya. ianya amat bermakna , walaupun bukan kebendaan. bahagia rasanya bila orang yang kita sayang mengingati hari yang penting buat kita dan mendoakan kita. rasa itu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. di sini saya ingin menyatakan rasa bersyukur sangat2 sebab ada family ada kawan2 yang sentiasa ada di sisi saya. dan terima kasih atas segala kasih sayang dan ingatan yg diberikan kerana mempunyai family and kawan2 adalah hadiah paling bermakna.

2 comments:

Unknown said...

tak ingat besday i siap u..hahahaha

mimie said...

ulps telebey suda...hahahaha